Namewee Ditahan Polis Positif 4 Jenis D*dah, Nama Terkait Dengan Kematian Pempengaruh Taiwan

10 hours ago 5

Penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee telah ditahan polis pada 22 Oktober lalu selepas disyaiki memiliki dan menggunakan dadah di sebuah hotel di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah menahan rapper yang berusia 42 tahun itu sekitar jam 4.30 petang.

Hasil pemeriksaan di bilik hotel berkenaan menemui sembilan biji pil berwarna biru disyaki pil ekstasi dengan anggaran berat 5.12 gram.

“Suspek kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin dan THC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

3328251

Menurut Fadil, suspek telah ditahan selama dua hari sebelum dihadapkan ke mahkamah pada 24 Oktober lalu atas dua pertuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi pertuduhan pertama mengikut Seksyen 39A(1) akta sama kerana memiliki dadah, manakala bagi pertuduhan kedua Seksyen 15(1)(a) akta sama atas kesalahan menggunakan dadah.

“Suspek mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan dan mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan.

“Tarikh sebutan semula kes dijadualkan pada 18 Disember ini,” katanya lagi.

Artikel berkaitan: “Saya ingin menyampaikan kepentingan perpaduan” – Namewee Jawab Isu Filem BABI Yang Dikatakan Hina Melayu

Artikel berkaitan: Terkenal Dengan ‘Content’ Makan Produk Kosmetik, Pempengaruh Taiwan Dilaporkan Meninggal Dunia

Nama Namewee terkait dengan kematian pempengaruh Taiwan 

Terdahulu menurut Sin Chew Daily, nama Namewee telah dikaitkan dengan kematian seorang pempengaruh dari Taiwan yang dikenali peminat sebagai Nurse Goddess atau ‘Dewi Jururawat’.

Menurut laporan, Iris Hsieh ditemui mati di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini ketika beliau berada di Malaysia untuk urusan kerja.

Pihak polis mendedahkan bahawa penyanyi dan rappers Malaysia itu berada di bilik yang sama dengan Hsieh ketika ditemui.

e9bb84e6988ee5bf97e58db7e585a5e58fb0e5a5b3e7bd91e7baa2e98592e5ba97e69ab4e6af99e6a188 e59ba0e68ba5e6af92e5928ce590b8e6af92e8a2abe68ea7

Difahamkan kejadian itu berlaku apabila Namewee dan Hsieh pada mulanya berada di bilik hotel di Kuala Lumpur untuk penggambaran video dan perbincangan kerja.

Setelah Hsieh masuk ke bilik air untuk mandi, dia dilaporkan tidak keluar selama setengah jam dan Namewee yang bimbang dengan situasi itu memeriksanya dan mendapati pempengaruh itu sudah meninggal dunia.

Namewee dikatakan cuba melakukan CPR namun gagal menyelamatkan Hsieh. Dia kemudian menghubungi talian kecemasan sekitar jam 12.30 tengah hari.

Menurut sumber, punca kematian Hsieh masih lagi dalam siasatan pihak polis, namun media Taiwan melaporkan ia disebabkan serangan jantung.

Dalam pada itu, Namewee dalam satu kenyataan di Instagram pada 2 November mempertahankan dirinya dengan memaklumkan dia tidak pernah menggunakan dadah dan kebenaran mengenai perkara itu akan muncul juga bila hasil siasatan polis keluar nanti.

e9bb84e6988ee5bf97e58db7e585a5e58fb0e5a5b3e7bd91e7baa2e98592e5ba97e69ab4e6af99e6a188 e59ba0e68ba5e6af92e5928ce590b8e6af92e8a2abe68ea7 1

Saya tidak pernah menggunakan dadah atau membawanya. Paling teruk pun, saya hanya meminum arak sejak akhir-akhir ini.

“Percaya atau tidak, kebenaran akan terjawab sebaik hasil siastaan polis dikeluarkan nanti, yang mana akan mengambil masa dua ke tiga bulan,” tulisnya.

Menurut laporan, Namewee pada masa yang sama meluahkan kesedihannya atas kematian Hsieh dan memaklumkan bahawa ambulans tiba satu jam lewat.

Sumber: The Star, Sin Chew Daily, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |