jakim kenyataan presiden pas kemenangan politik berbanding tunai haji

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang meneliti kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berhubung utamakan kemenangan politik berbanding ibadah umrah dan haji.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, berkata tindakan itu diambil untuk memastikan umat Islam memahami dengan jelas kedudukan ibadah tersebut dalam Islam.

Snapins.ai 491504740 18351159283

Artikel berkaitan: “Tidak beradab” – Sultan Selangor Dukacita Dengan Kenyataan Hadi Awang

Artikel berkaitan: Presiden PAS Buat Teguran Secara Terbuka Kepada Jemaah Haji & Umrah Yang Tidak Mengundi

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil maklum berhubung kenyataan yang dilaporkan media bertajuk “PRK Ayer Kuning: Kemenangan politik lebih utama daripada tunai umrah, haji.

“Bagi memastikan umat Islam memahami dengan jelas kedudukan ibadah umrah dan haji dalam Islam serta menghayatinya berdasarkan panduan syarak serta tidak disalah tafsir, JAKIM sedang dalam tindakan meneliti kenyataan tersebut bersama Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan pihak-pihak berautoriti berkaitan.”

Pada masa yang sama, JAKIM menyeru semua pihak agar sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang menyentuh hal-hal berkaitan agama supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Semalam, media melaporkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada ceramah Perikatan Nasional (PN) sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning menyeru umat Islam supaya mengutamakan kemenangan dalam landskap politik negara, termasuk menangguhkan rancangan menunaikan ibadah haji.

Menurut beliau, seruan itu mengambil ibrah daripada perjanjian Hudaibiyah ketika Rasulullah SAW dihalang menunaikan umrah namun akhirnya memperoleh kemenangan politik yang lebih besar.

Katanya, kemenangan politik tidak wajar ditangguhkan kerana Islam wajib berkuasa agar dunia diperintah menurut ajarannya.

Sumber: X, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.