ABE9B087 3845 4740 8D97 61D6EB1DCE20

Pelakon, Umie Aida telah didenda NZD400 atau sekitar RM1,000 selepas tiba di Lapangan Terbang Auckland, New Zealand hanya kerana sebiji buah epal. 

03B99DB9 62D4 4F2D ADF3 E3D9CB8089D6

Menerusi Instagram, Umie Aida telah berkongsikan bahawa dia sememangnya sengaja tidak mahu membawa apa-apa jenis makanan dari Malaysia ke New Zealand untuk memudahkan proses imigrasi masuk ke negara itu. 

Ketika di KLIA, Umie Aida telah mengambil sebiji epal dari lounge MAS dengan niat mahu memakan buah tersebut ketika dalam penerbangan nanti. 

DAA53AA5 5D2E 4982 BBC1 A190E1A3F2D0

Namun, disebabkan terlalu penat, UmieAida telah tertidur dan tidak sempat untuk makan buah berkenaan yang tersimpan di dalam begnya. 

Apabila dia melalui pemeriksaan omigresen dan kastam di lapangan terbang New Zealand itu, pihak berkuasa di sana mendapati terdapat sebiji epal yang tidak dinyatakan (declare) kerana Umie Aida mengatakan dia terus terlupa tentang buah itu kerana telah tertidur tadi.

Untuk pengetahuan semua, jika kita mahu membawa sebarang makanan ke negara luar, kita perlulah membuat proses deklarasi di mana. kita perlu menyatakan kepada pihak imigresen dan kastam negara tersebut makanan apa yang kita bawa ke negara mereka. 

Ini kerana sesetengah negara mempunyai peraturan yang ketat mengenai barangan yang dibawa masuk ke negara mereka. Jika kita gagal berbuat demikian, kita boleh didenda kerana dianggap cuba untuk menyeludup barang tersebut ke negara mereka.

Sumber: Instagram Umie Aida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.