Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita sebuah feri yang karam di perairan Selat Bali, Indonesia.
Difahamkan, kemalangan feri itu berlaku ketika laut yang bergelora dan cuaca buruk sekali gus menyebabkan feri yang membawa sekitar 65 orang penumpang itu karam.
Setakat ini, pasukan mencari dan menyelamat Indonesia telah menemui enam orang mangsa yang meninggal dunia manakala 30 orang mangsa pula berjaya diselamatkan.
Menurut Harian Metro yang memetik laporan portal Kompas, dengan itu, 29 orang lagi mangsa masih belum ditemui.
Artikel Berkaitan: “Kita akan jadi macam titanic ke?” – [VIDEO] Tragedi Sewol, Penumpang Karam Tunggu Arahan Kapten Rupanya Dah Cabut Lari
Artikel Berkaitan: Tular Gambar Feri Pulau Pinang Yang Baharu, Netizen Masih Rindu Nostalgia Feri Lama
Menurut Timbalan Operasi SAR dan Kesiapsiagaan Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia (BASARNAS), mereka berpendapat ada kemungkinan besar mangsa-mangsa yang belum ditemui itu terperangkap dalam feri tersebut yang telah karam itu.
Namun, memandangkan pengesahan hanya boleh dibuat selepas pemerhatian bawah air menggunakan kenderaan selam kawalan jauh diperoleh, setakat ini, keberadaan 29 mangsa itu sama ada benar-benar terperangkap dalam bangkai kapal atau tidak masih belum dapat dipastikan setakat ini.
Difahamkan juga, seorang rakyat Malaysia dikhuatiri antara mangsa yang dikhuatiri masih hilang dalam kejadian berkenaan, lapor Buletin TV3.
Sumber: Harian Metro