feature image 17

Filem Babah lakonan Sweet Qismina dan Qi Razali telah berjaya dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Festival Filem Malaysia yang ke 35 pada malam tadi di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri.

Filem yang bertemakan kekeluargaan yang meruntun perasaan penonton itu juga turut berjaya membolot beberapa lagi trofi di FFM 35 tersebut iaitu anugerah Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Pengarah Harapan.

Lebih membanggakan lagi apabila kedua-dua pelakon utama filem Babah iaitu Sweet Qismina dan Qi Razali masing-masing berjaya membawa pulang trofi Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik menerusi gandingan mereka sebagai bapa dan anak dalam filem tersebut.

filem terbaik ffm 35

Artikel Berkaitan: Filem Imaginur Dinobatkan Filem Terbaik Di Festival Filem Malaysia Ke-33, Turut Raih 6 Lagi Trofi Di FFM

Artikel Berkaitan: “This is batik Malaysia” – Rekaan Batik Dengan Lakaran Watak ‘Venom’ Curi Perhatian Ramai

Filem Babah berjaya mengalahkan calon-calon lain yang tidak kurang hebatnya iaitu Takluk: Lahad Datu, Blood Brothers: Bara Naga, Soloz: Game of Live dan Reversi.

Selain itu, filem Blood Brothers: Bara Naga juga membolot beberapa trofi untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Syafiq Kyle dan Syazwan Zulkifly), Anugerah Khas Filem Box Office, Lagu Tema Terbaik dan beberapa anugerah lain lagi.

Manakala pelakon veteran, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar pula dianugerahkan dengan trofi Khas Sepanjang Zaman.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.