Pejam celik-pejam celik, telah seminggu umat Islam di seluruh dunia berpuasa pada bulan Ramadan pada tahun ini. Sudah tentu ramai antara kita yang berpusu-pusu ke masjid untuk berbuka puasa percuma beramai-ramai dan menunaikan solat tarawih secara berjemaah kan.
Namun, beberapa hari lalu, tular di media sosial dakwaan seorang individu yang mendakwa terdapat masjid di negeri Melaka yang tidak membenarkan orang luar untuk berbuka puasa di masjid berkenaan dan juadah berbuka di situ hanya disediakan untuk imam, bilal dan AJK masjid tersebut.
Memetik laporan Sinar Harian, Datuk Rahmad Mariman iaitu Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Melaka kemudiannya telah tampil menjawab dakwaan individu tersebut.

Artikel berkaitan: Tular Video Peniaga Berebut Tapak Bazar Ramadan, Siap Ada Yang Jatuh Tersungkur
Artikel berkaitan: Siswazah Malaysia Kongsi Suasana Bazar Ramadan Di India, Tidak Sekotor Macam Didakwa!
Menurut beliau, juadah berbuka yang disediakan di surau dan masjid negeri Melaka adalah bukannya arahan wajib yang dikeluarkan oleh majlis agama negeri.
Sebaliknya, juadah berbuka yang disediakan di surau dan masjid di Melaka adalah atas inisiatif pihak pengurusan masjid dan surau itu sendiri.
Oleh itu, juadah berbuka yang disediakan oleh masjid dan surau itu adalah bergantung kepada keadaan kewangan pihak pengurusan masjid pusat ibadat tersebut.
Beliau berpendapat mungkin juadah berbuka yang disediakan di masjid berkaitan cuma disediakan kepada pegawai syarak yang bertugas sahaja kerana ada pihak pengurusan masjid yang mempunyai kewangan yang terhad.
Sumber: Sinar Harian