Seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu ditemui dalam keadaan telah meninggal dunia awal pagi tadi.
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Izrul Husin ditemui bersama motosikalnya dalam sebuah longkang yang berkedalaman 1.2 meter berdekatan sebuah kawasan perkuburan bukan Islam di Jalan Kampar-Tapah, lapor Berita Harian
Menurut Superintendan Mohamad Nazri Daud iaitu Ketua Polis Daerah Kampar, mangsa yang berusia 42 tahun disyaki telah terbabas ketika menunggang motosikal untuk ke tempat kerjanya di Ipoh.
Artikel berkaitan: Polis Rakam Keterangan Ismanira Susulan Viral Video Pimpin Tangan Zayn Rayyan
Artikel berkaitan: Suami Isteri Warga Emas Ditahan, Disyaki Sengaja Langg*r Lari Pemandu Lori
Polis turut mengatakan bahawa mangsa cedera parah di kepala dan kecederaan tersebut dipercayai menjadi punca mangsa meninggal dunia.
Difahamkan, lokasi kemalangan tersebut berlaku di laluan yang agak mendaki.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk proses bedah siasat.
Sumber: Berita Harian