syaz ft 2025 11 03T153851.527

Prosiding perceraian selebriti Indonesia, Hamish Daud dan Raisa Andriana kini menjadi topik hangat, terutamanya selepas netizen mendakwa saman cerai yang difailkan Raisa berpunca daripada hubungan sulit Hamish dengan wanita lain.

Baru-baru ini, tular khabar angin bahawa Hamish dikatakan berlaku curang melalui aplikasi Pinterest. Beberapa tangkap layar menunjukkan ‘pin’ berisi rekaan rumah bertajuk “FUTURE HOUSE” yang dimuat naik oleh akaun bernama Sabrina Alatas.

Artikel berkaitan: “Makan pakai tangan ya!” – Raisa Tak Setuju Cef Indonesia Dakwa Nasi Kandar Berpasir

Artikel berkaitan: Ratusan Pelajar & Guru Keracunan Di Indonesia Selepas Makan Makanan Percuma Kerajaan

Dalam pin tersebut, Sabrina tag akaun HDW yang dipercayai merujuk kepada Hamish Daud Wyllie iaitu suami Raisa. Tangkapan skrin itu tular dan kemudiannya dimuat naik oleh akaun X @IndoPopBase.

Hamish Daud allegedly cheated on Raisa after people discovered Pinterest pins of him with the woman he had an affair with. pic.twitter.com/23G7P6hRfp

— Indonesian Pop Base (@IndoPopBase) November 2, 2025

Untuk makluman, penyanyi Raisa Andriana dan pelakon Hamish Daud akan menghadiri prosiding penceraian pertama mereka di Mahkamah Agama Jakarta Selatan hari ini, Isnin (3 November 2025).

Sebelum ini, pasangan itu mengumumkan keputusan untuk berpisah menerusi kenyataan di Instagram masing-masing.

Mereka memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas pertimbangan yang panjang, bukan kerana emosi sesaat.

Meskipun sudah berpisah, kedua-duanya bersetuju untuk mengekalkan hubungan baik dan menjalankan tanggungjawab bersama sebagai ibu bapa kepada anak tunggal mereka, Zalina.

Sumber: Okezone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.