“Dia tarik I, tolak ke pintu” – Sarimah Kongsi Pengalaman Seram Diganggu ‘Orang Minyak’

12 hours ago 12

Kalau bercakap tentang Orang Minyak, korang mesti teringat dengan filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee berkenaan seorang lelaki hodoh yang bertukar menjadi kacak, namun dek kerana dia melanggar satu syarat, lelaki tersebut memilih untuk mengamalkan ilmu yang salah.

Namun kisah orang minyak ini bukan hanya di filem kerana terdapat orang yang menceritakan tentang kewujudan orang minyak ini.

2088828

Terbaru, pelakon yang juga pengacara dan penyanyi, Sarimah Ibrahim ada berkongsi pengalaman seramnya berhadapan dengan individu yang didakwa orang minyak.

Artikel berkaitan: Kena R*gol 99 Orang Gadis, Betul Ke Orang Minyak Ini Wujud?

Artikel berkaitan: “Dengar suara isteri suruh masuk” – Wanita Kongsi Detik Seram, Lelaki Selamba Cuba Buka Pintu Rumah

Tinggal seorang di kondo, tiba-tiba terasa ada orang di dalam rumah 

Dalam sesi podcast Sembang Seram, Sarimah mendedahkan kejadian itu berlaku ketika dia masih muda dan aktif dalam dunia lakonan.

Pada ketika itu, dia tinggal seorang diri di sebuah kondominium di Bangsar pada tahun 1999.

Perkara ini adalah perkara yang paling buruk pernah berlaku dalam hidup I sampai sekarang. Yang sebelum ni tak kisah lagi, tapi sebab yang ini melibatkan orang tapi I tak tahu ini orang ke tak,” katanya.

@sembangseram

janji duduk bangsar ok😅 #Sembangseram #Ceritaseram #Kisahseram #CPSarimahIbrahim #SarimahIbrahim #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast

♬ original sound – sembangseram – sembangseram

Menurutnya, pada malam itu, Sarimah pulang dari shooting dan tidur di dalam biliknya di kondo tersebut.

Namun tak semena-mena pada pukul 3 pagi, Sarimah tiba-tiba terjaga dari tidurnya dan ‘terasa’ seperti ada seseorang duduk di dalam salah satu bilik di dalam kondonya itu.

I dah boleh rasa, ada orang dalam rumah ni sekarang. Tak pasti kat mana, dalam bilik mana. Tapi ada orang dalam rumah ni. 

“I ingat lagi, I dalam bilik pakai shirt dengan shorts je, tidur kan. I buka pintu bilik tidur. I jalan ke luar. Okey masa tu tak ada handphone, tak ada orang nak call dalam bilik untuk minta tolong. Nothing,” katanya.

Sarimah kemudian bergerak ke ruang tamu dan menyedari rumahnya dalam keadaan baik, serta tiada barang-barang peribadi yang hilang dan pecah.

Dekat sebelah mata I, dekat sebelah kanan, I nampak ada orang. Berdiri dekat sini saja. I dah start mengigil berpeluh. I ingat satu je, I menjerit sekuat-kuatnya. Get out! 

“Dia lari ke arah I, dia tarik I, I tarik dia, dia tolak I ke pintu,” cerita Sarimah.

2927707

Pada ketika itu, pintu rumah Sarimah dalam keadaan berkunci dan dia mula terfikir bagaimana lelaki itu boleh masuk ke dalam rumahnya jika pintu tidak dipecahkan.

Siapa dia ni? Macam mana dia boleh masuk? Kalau pintu kunci, dia datang dari mana?” 

Sarimah kemudian menceritakan rupa lelaki tersebut dikatakan berserba hitam dengan memakai topi dan sarung tangan rona yang sama. Dia yang bergelut dengan individu itu kemudian diminta untuk membuka pintu sebelum lelaki itu melarikan diri.

Kejadian tersebut membuatkan pelakon drama Lelaki Itu ini panik dan menjerit meminta bantuan pengawal dan menelefon polis untuk siasatan lanjut.

WhatsApp Image 2024 05 09 at 1.50.40 PM

Situasi ini menurut Sarimah bertambah pelik apabila dia tidak menemui sebarang bukti rumahnya telah dipecah masuk tetapi hanya menjumpai bentuk tapak tangan pada lantai rumah.

Perkongsian Sarimah ini telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang turut berkongsi sama kisah mereka yang pernah berhadapan dengan orang minyak.

Ish seramnya! Mahu tak menggigil kalau jadi macam ni. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |