Pelakon Fattah Amin meraih perhatian ramai apabila tampil menunjukkan kemahiran bersilat di hadapan isterinya, Amira Othman semasa di majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di Puchong, Selangor pada Ahad.
Menerusi perkongsian video di media sosial, Fattah dilihat membuka langkah dan ‘menumbangkan’ beberapa pesilat di hadapan tetamu.
Difahamkan, langkah silat yang dipersembahkan Fattah dikatakan sebagai kejutan khas buat isteri tercintanya.
Artikel berkaitan: Fattah Amin Rupanya Ada ‘Background’ Silat Gayung, Patutlah Ramai Puji Lakonan ‘Smooth’!
Artikel berkaitan: “Fatimah tak nak lepas tangan ayah dia” – Momen Pernikahan Fattah Amin Dan Amira Othman Curi Perhatian Netizen
@aparkofficialBila @Fattah Amin belanja kuda kuda dan buah silat. Mana tak terpegun peminat dan @Amira Othman sendiri 🥰🥰 #fattahamin #amiraothman #setulustakdirfattahamira #aparkpuchong #majliskahwin
Rata-rata netizen yang melihat video terbabit meluahkan rasa teruja dan ramai yang menyifatkan momen berkenaan sebagai detik paling indah dalam majlis tersebut.
Selain itu, turut menarik perhatian apabila pesilat cilik beramai-ramai ‘melindungi’ pengantin perempuan ketika pengantin lelaki sedang beraksi.

Difahamkan, ini merupakan majlis resepsi ketiga untuk meraikan peminat Fattah dann Amira yang ingin melihat hari bahagia artis kesayangan mereka.
Sebelum ini, Amira dan Fattah selamat disatukan pada 14 September lalu dalam majlis tertutup penuh indah di sebuah resort mewah di Sepang.
Kemudian pasangan itu mengadakan majlis resepsi di Johor dan Kuala Lumpur dengan dihadiri ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat.
Sumber: TikTok

10 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















