feature image 19

Ahli Parlimen Muar, Johor iaitu YB Syed Saddiq telah berjaya menamatkan cabaran kejohanan Ironman Malaysia di Langkawi pada Sabtu semalam dalam masa 12 jam 22 minit.

Catatan masa bawah 13 jam itu sekali gus menjadikan Syed Saddiq untuk berjaya membawa pulang wang sumbangan sebanyak RM1 juta untuk kegunaan kebajikan rakyat kawasan parlimennya di Muar, lapor BERNAMA.

Difahamkan, wang sumbangan itu merupakan hasil tajaan daripada jenama Prima Valet jika Ahli Parlimen Muar itu berjaya menamatkan cabaran Ironman dalam masa kurang 13 jam.

WhatsApp Image 2025 11 02 at 11.27.33 AM

Artikel Berkaitan: “Takpelah YB jadi jela ahli politik” – Netizen Geli Hati Tengok Syed Saddiq Menari Dengan Bella Astillah

Artikel berkaitan: “Terus pergi dekat kesayangan” – Netizen Cair Lihat Gelagat Syed Saddiq Lepas Tamat Kejuaraan Iron Man Dunia

Difahamkan juga, Prima Valet akan memberi sumbangan bernilai RM1 juta kepada penduduk Muar melibatkan bank makanan, pakaian raya dan komputer riba.

WhatsApp Image 2025 11 02 at 11.41.19 AM

Untuk pengetahuan semua, cabaran Ironman itu melibatkan tiga perlumbaan iaitu berenang 3.8 kilometer, berbasikal 180 km dan larian 42.2 km.

Tahniah YB! 

Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.