Bapa kepada murid tahun empat yang ditemukan meninggal dunia di tandas sebuah sekolah di Senawang, Negeri Sembilan pada 1 Oktober lalu mendakwa anaknya pernah menerima ugutan mati sehari sebelum kejadian.
Menurut bapa mangsa, Muhammad Hafizuddin Abdullah, 40, arwah anaknya, Iman Zhafran, 10, sempat memberitahu kakaknya tentang ugutan tersebut kerana mereka tidur sebilik.
Namun, dia hanya mengetahui perkara itu ketika dirinya dan kakak arwah disoal siasat polis sehari selepas insiden.

Artikel berkaitan: Murid Tahun 4 Ditemui M*ut Di Sekolah, Polis Klasifikasi Sebagai Kes Buli
Artikel berkaitan: Pelajar Lihat Seseorang Pakai Baju ‘Hanafi’ Dalam Tandas Sebelum Kematian Zara Qairina
“Saya nak awak mati”
Katanya lagi, pihak polis juga menemui nota tulisan tangan dalam buku milik arwah yang dipercayai mengandungi mesej berbaur ugutan.
“Dalam buku arwah, ada tulisan berbunyi ‘saya nak awak mati… saya tak tahu awak akan masuk syurga atau neraka’. Itu yang polis tunjukkan kepada kami,” ujarnya.
Sebelum ini, hasil bedah siasat awal melaporkan punca kematian disebabkan tekanan pada leher dan tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh mangsa.
Sehubungan itu, keluarga mangsa menuntut siasatan penuh dan telus bagi mengenal pasti sama ada ugutan berkenaan mempunyai kaitan dengan kematian anaknya.
“Kami hanya mahu keadilan. Kalau benar ada unsur buli atau ugutan, siasat sampai habis. Anak saya tak sepatutnya pergi dengan cara begini,” katanya.

Keluarga mangsa juga menuntut agar pihak pendakwaan membuka satu inkues bagi menentukan punca sebenar kematian kanak-kanak itu.
Desakan tersebut dibuat selepas lebih sebulan berlalu tanpa sebarang maklum balas rasmi daripada pihak polis, pendakwa raya mahupun KPM.
Dalam pada itu, bapa mangsa menepis dakwaan bahawa anaknya autisme, sebaliknya arwah hanya menerima rawatan intensif pada usia empat tahun iaitu mengenai perkembangan speech delay dan pulih selepas beberapa bulan.
KPM mahu siasatan menyeluruh
Sementara itu, Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian penuh terhadap kenyataan keluarga Allahyarham Iman Zhafran.
KPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis dan meminta agar semua elemen berkaitan kejadian itu disiasat secara menyeluruh.
“Tindakan tegas perlu diambil terhadap sesiapa sahaja yang bersalah. Keadilan perlu ditegakkan untuk keluarga Allahyarham Iman Zhafran,” katanya.

Sumber: Sinar Harian, Facebook

14 hours ago
9






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















