Semalam, media melaporkan seorang wanita ditemukan maut selepas dipercayai tercampak daripada sebuah van di tepi Lebuh Raya Shah Alam (KESAS).
Saksi kejadian memaklumkan ketika dia menemui mangsa yang terbaring di atas jalan, dia melihat wanita itu dalam keadaan masih bernyawa.
Bagaimanapun, menurut saksi, mangsa tidak dapat bercakap dan hanya mengerang kesakitan serta berlumuran darah.
Wanita tersebut sempat meminta bantuan pernafasan (CPR) sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Artikel berkaitan: Polis Sahkan Wanita Maut Tercamp*k Dari Van Di Lebuhraya KESAS Bukan Datin Seri Pamela Ling
Artikel berkaitan: Isteri Merangkak Selamatkan Diri Lepas Ditolak Ke Dalam Gaung Di Gerik, Suami Ditahan Polis
Suami wanita sudah ditahan polis
Dalam perkembangan terkini, dilaporkan suami kepada mangsa telah ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan dalam serbuan pada 6 petang semalam di sebuah rumah di Taman Kinrara, Puchong.
“Berdasarkan pengakuan awal dan hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku berlaku pertengkaran mulut dengan isterinya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.”
Difahamkan, suspek dan mangsa telah berkahwin sejak 20 tahun lalu dan mempunyai dua orang anak.
Saringan awal air kencing terhadap suspek menunjukkan keputusan positif dadah jenis Methamphetamine, Amphetamine dan Benzodiazepine. Suspek juga mempunyai satu rekod jenayah serta dua rekod berkaitan dadah.
Polis turut memaklumkan suspek ada mendakwa bahawa mangsa (isteri) turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Sumber: Harian Metro, (2)