Video tular seorang lelaki yang didakwa berpakaian wanita dalam sebuah acara bertaraf antarabangsa telah mengundang kecaman ramai orang.
Bukan itu sahaja, netizen juga mempersoalkan penglibatan Tourism Malaysia apabila acara yang dikenali sebagai Miss & Mister Celebrity International 2025 itu turut memaparkan logo korporat Tourism Malaysia dan logo kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

MOTAC nafi ada kaitan
Dalam perkembangan terbaharu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Tourism Malaysia menegaskan bahawa kedua-dua pihak tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penganjuran acara terbabit.
Bahagian Komunikasi Korporat, Tourism Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penggunaan kedua-dua logo oleh pihak penganjur acara berkenaan telah dibuat tanpa kebenaran bertulis rasmi.
“Sehubungan itu, MOTAC dan Tourism Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi, tafsiran awam atau liabiliti yang timbul daripada penganjuran acara tersebut atau penggunaan logo tanpa kebenaran,” tulis kenyataan itu.
Artikel berkaitan: Isu Lelaki Berpakaian Wanita, Menteri Agama Gesa JAWI Ambil Tindakan
Artikel berkaitan: Spa Songsang: 171 Lelaki Dibebaskan, Menteri Agama Jelaskan Sebab Sukar Kenakan Pertuduhan
Ekoran itu, MOTAC dan Tourism Malaysia mahu mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur bagi melindungi hak harta intelek, integriti jenama serta identiti korporat rasmi kedua-dua agensi berkenaan.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan siasatan supaya tindakan sewajarnya boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Sumber: Kosmo!

13 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















