“Ramai tanya siapa” – Tular Suami Selebriti ‘Gatal’, Athalia Enggan Dedah Individu Tersebut

19 hours ago 8

Penyanyi muda, Athalia Deena, mendedahkan dirinya dihujani pelbagai pertanyaan daripada orang ramai susulan dakwaan diganggu oleh seorang lelaki berstatus suami orang yang juga pasangan kepada selebriti terkenal.

Menerusi satu hantaran di Threads, Athalia, 22, menjelaskan dia memilih untuk tidak mendedahkan identiti individu terbabit bukan kerana takut atau mahu melindungi mana-mana pihak, sebaliknya kerana mempunyai hubungan rapat dengan keluarga lelaki berkenaan.

Artikel berkaitan: 140 Orang Pelabur Rugi RM43 Juta Dalam Pelaburan Patuh Syariah, Seorang Suami Selebriti Tempatan Dikesan Jadi Dalang

Artikel berkaitan: Selebriti & Usahawan Pakai Kereta Lamborghini Liat ‘Renew’Cukai Jalan, Bagi Alasan Jarang Guna

“Minggu ini ramai yang datang bertanya siapakah individu tersebut dan saya cuba sedaya upaya untuk tidak membocorkan identitinya,” tulisnya.

Menurut Athalia, keputusannya untuk berdiam diri bukan kerana enggan berkongsi kebenaran, sebaliknya kerana hakikat situasi itu terlalu mengejutkan buat dirinya.

“Bukan kerana saya tidak mahu bercerita atau mendedahkan siapa dia, tetapi perkara ini sangat mengejutkan kerana saya rapat dan berkawan baik dengan seluruh keluarganya,” katanya.

Athalia turut meluahkan rasa keliru dan kecewa kerana kejadian tersebut hanya berlaku sejak kebelakangan ini, selain tertanya-tanya mengapa dirinya menjadi sasaran.

“Semua penderitaan ini hanya berlaku baru-baru ini dan saya sendiri keliru mengapa lelaki yang terlibat sanggup melakukan perkara tersebut terhadap saya, sedangkan ramai lagi orang lain di luar sana,” ujarnya.

Tambah Athalia, hubungannya yang terlalu rapat dengan keluarga lelaki terbabit membuatkan situasi itu terasa lebih menjijikkan dan mengerikan.

“Dalam erti kata lain, saya boleh dianggap seperti anak mereka sendiri. Sebab itu perkara ini benar-benar menjijikkan dan mengerikan,” tulisnya lagi.

Terdahulu, ibu kepada Athalia yang juga penyanyi, Sharifah Zarina, meluahkan rasa marah apabila mendakwa anak perempuannya telah diganggu oleh seorang lelaki yang merupakan suami kepada selebriti terkenal.

Menurut Zarina, individu berkenaan didakwa mengajak Athalia keluar berdua-duaan, sekali gus mendorongnya untuk tidak teragak-agak mendedahkan perkara sebenar kepada umum.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |