IMG 3808

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalani siasatan terhadap video tular yag memperlihatkan seorang lelaki yang berpakaian seakan wanita dalam sebuah majlis bertaraf antarabangsa di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, langkah tersebut membolehkan tindakan sewajarnya dikenakan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Artikel berkaitan : Spa Songsang: 171 Lelaki Dibebaskan, Menteri Agama Jelaskan Sebab Sukar Kenakan Pertuduhan

Artikel berkaitan : Simpanan Akan Disita Jika Bekas Suami Culas Bayar Nafkah – Menteri Agama

Kerjasama dengan MCMC

IMG 3806

Beliau meminta agar Jawi bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi menurunkan kandungan tersebut di media sosial.

“Perbuatan tersebut mengundang reaksi negatif masyarakat dan disifatkan sebagai mencabar sensitiviti agama serta norma budaya di negara ini.”

“Daripada perspektif Islam, perbuatan menyerupai jantina lain adalah bercanggah dengan syariat dan tidak wajar dinormalisasikan dalam masyarakat.”

Dalam pada itu, beliau mengatakan bahawa pendekatan seperti khutbah, program keagamaan dan penyampaian di media sosial untuk meningkatkan kefahaman serta memelihara keharmonian nilai budaya dan negara terus dilakukan.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.