Minggu lalu, ingat diperkatakan mengani tindakan seorang personaliti media sosial yang memilih untuk ‘menidurkan’ kucing kesayangannya yang menghidap penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP) . Ia mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kesal dengan tindakan wanita tersebut.
Selain itu, pempengaruh Ceddy Ang juga turut terpanggil untuk memberikan pendapatnya berkenaan dengan kes tersebut. Tegasnya, sebagai pemilik haiwan peliharaan, adalah satu tanggungjawab buat mereka untuk sentiasa berusaha merawat haiwan peliharaannya.
Artikel berkaitan : “Was-was jangan pergi makan lah” – Ceddy Pertahankan Kenapa Darsa Masih Belum Dapat Sijil Halal
Artikel berkaitan : “OG food reviewer!” – Ceddy ‘Collab’ Dengan Abang Naz JJCM Buat Netizen Teruja
“Awak bertanggungjawab atas kebahagiaan dan kesedihan dia saat bawa masuk haiwan peliharaan itu ke dalam rumah.”
“Selalunya kita akan bercakap tentang perkara yang membahagian kita seperti haiwan peliharaan yang comel. Tapi apa jadi kalau haiwan itu sakit? Ia akan memberi kesan pada kita.”
“Secara mental dan wang ringgit sebab kos rawatan yang mahal. Tapi jangan lah putus asa bila haiwan peliharaan kita sakit.”
“Saya tahu penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP) agak merisaukan, tapi tolong lah berusaha sebaik mungkin.”
@ceddyornotTo us, our pets are only a small part of our lives but to them, we are their WHOLE life. Please don’t ever give up on them so fast, fight for and with them if you can. Usaha sikit for your babies please… 🙏🏼
♬ original sound – Ceddy Ang – Ceddy Ang
Oleh itu, Ceddy memberi nasihat agar fikir masak-masak sebelum mengambil keputusan mengambil haiwan peliharaan.
“Penyakit ini sebenarnya boleh dirawat. Ini adalah perkara yang perlu diingati kalau awak naka da haiwan peliharaan. Ianya bukans atu eprkara mudah. FIP bukan pengakhiran. Tolong jangan terus mengambil keputusan untuk tidurkan haiwan peliharaan.”
Sebelum ini, personaliti media sosial tersebut menyatakan bahawa keputusan dia menidurkan kucing peliharaanya akibat FIP itu bukanlah satu pekara mudah baginya kerana mempunyai emmori manis bersama kucing yang diberikan nama Kibble.
Sumber : TikTok

17 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















