“Jangan sukakan pada musibah orang” – Haris Ismail Bersuara Isu DS Najib Razak

2 days ago 15

Umum mengetahui bahawa permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman tahanan penjara di rumah telah ditolak dan beliau kekal di Penjara Kajang atas kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Berita ini telah menjadi buah mulut orang ramai sejak beberapa hari lepas, ia sekaligus telah mengundang reaksi yang pelbagai daripada warganet berkenaan dengan kes tersebut. Ada yang bersimpati dan tidak dinafikan ada juga yang memberi komen negatif terhadap khabar berita itu.

Artikel berkaitan : “So sorry daddy” – Anak Najib Razak Luah Rasa Kecewa, Mohon Bapa Bersabar Dengan Keputusan Mahkamah

Artikel berkaitan :  Isu Bab Jaga Anak Lepas Dapat Pasangan Baru, Netizen Puji Cara Mira & View Chin

Nabi pun bezakan kesalahan & kehinaan

Terpanggil dengan segala kecaman dan tohmahan yang dilemparkan oleh netizen, ia membuatkan pendakwah bebas, Haris Ismail tampil bersuara untuk memberikan teguran serta nasihat buat golongan tersebut.

Tegasnya, orang ramai tidak perlu melemparkan hinaan terhadap DS Najib Razak atas hukumannya kerana beliau telahpun dijatuhkan hukuman.

“Itulah dia perbezaan orang beradab & tiada otak. Pesalah kita hukum. Period. Bukan disuruh keji dan ‘make fun of’.”

“DS Najib sudah dihadapkan ke mahkamah. Hukuman pun sudah dijalankan. Pengampunan Diraja juga gazetted sebagai undang-undang di Malaysia.”

Haris turut menasihati orang ramai agar tidak terlalu ‘bertepuk tangan’ dengan musibah seseorang kerana menurutnya, Nabi sendiri membezakan antara ‘kesalahan dan kehinaan’.

“Jangan sukakan pada musibah orang kerana Nabi pun bezakan Kesalahan & kehinaan. Orang minum arak, perbuatan itu dibenci tetapi pelaku tak perlu dihina. Kerana hakikatnya kita semua pendosa, kadang penzina yang bertaubat lebih dekat dirinya pada الله berbanding kita yang leka.”

najib

Sekadar info, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd ada memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada 6 tahun, manakala jumlah denda yang dikenakan telah dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Sumber:  Berita Harian, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |