collage 21

Kita sering melihat anjing-anjing liar berkeliaran di sekitar kawasan persekitaran, sama ada di lorong-lorong kecil atau kawasan perumahan. Tanpa penjaga atau perhatian, anjing-anjing liar ini terpaksa bergantung pada nasib untuk mencari makanan setiap hari.

Namun masih ada orang baik yang prihatin terhadap keadaan anjing-anjing liar ini. Sebuah video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai @mybbychloe di TikTok mencuri perhatian ramai.

Artikel berkaitan: “Akhirnya jumpa pun anak-anak kitty”- Rapid KL Berjaya Selamatkan Anak Kucing Sesat Di MRT Sungai Besi

Artikel berkaitan: “Rupanya fake…” – Pakar Dedah Gambar Anjing Selamatkan Kucing Ketika Banjir Thailand Sebenarnya Janaan AI

Di dalam video tersebut, dipaparkan wanita ini ternampak seekor anjing liar mencari perlindungan di lot parkir kereta sewaktu hujan.

Prihatin dengan keadaan itu, wanitaini memanggil anjing liar tersebut dan memberikan makanan dan minuman kepadanya kerana risau anjing liar itu kelaparan.

@mybbychloe Hujan lebat sgt , picnic kat carpark 😁 #dogs #dogsofttiktok #bekind #straykids ♬ Untukmu Aku Bertahan – liriiklagu

Riak wajah anjing-anjing liar itu tampak kelaparan dan sedih. Mungkin kerana sudah lama mereka tidak mendapat sumber makanan.

Pada mulanya, hanya seekor anjing yang diberi makan oleh wanita itu, tetapi tidak lama kemudian, beberapa ekor anjing lain turut datang apabila menyedari ada makanan tersedia di situ.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen memuji tindakan wanita itu, malah menyatakan bahawa perbuatan seperti perlu giat dilakukan kerana anjing liar juga memerlukan perlindungan dan bantuan.

Screenshot 2025 12 24 162350

Screenshot 2025 12 24 162415

Screenshot 2025 12 24 162543

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.