pendaki paling tua gunung fuji dapat pengiktirafan rekod dunia

Bukan mudah untuk mendaki bukit atau pun gunung kerana aktiviti seumpama ini memerlukan stamina yang kuat. Kadang-kadang tu, orang yang selalu bersukan pun boleh mengah jika tidak berlatih sebaiknya.

Namun, buat warga emas berusia 102. tahun ini pula, usia bukanlah penghalang buat dirinya menawan puncak Gunung Fuji di Jepun.

Dikenali sebagai Kokichi Akuzawa, warga emas ini berjaya mendaki gunung tersebut pada awal Ogos lepas, lapor CNN.

Lebih membanggakan lagi apabila pendakian Akuzawa itu turut mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Records kerana menjadi pendaki Gunung Fuji yang paling tua di dunia.

Menerusi temu bual dengan pihak media selepas pendakian tersebut, Akuzawa mengatakan dia hampir saja berputus asa ketika mendaki separuh gunung itu kerana bukan mudah untuk sampai ke puncak terutamanya dengan usianya yang sudah mencecah 100 tahun.

pendaki tertua gunung fuji

Artikel Berkaitan: Berkat Menabung Sejak Remaja, Warga Emas Akhirnya Dapat Tunai Haji Usia 90 Tahun

Artikel berkaitan: Al-Hassan Abdullah: Kisah Lelaki Ghana Yang Dapat Ke Mekah Lepas Ada Dron Jatuh Di Kawasan Rumah

Namun, rakan-rakan telah memberi galakan dan sokongan yang padu kepadanya dan dia berjaya mengatasi halangan berkenaan.

Difahamkan, Akuzawa telah menyertai pendakian gunung itu bersama anak perempuannya, Motoe yang berusia 70 tahun beserta cucu dan suaminya dan empat lagi rakan dari kelab mendaki tempatan.

pendaki gunung fuji

Untuk pengetahuan semua, Gunung Fuji merupakan gunung yang tertinggi di negara matahari terbit itu dengan ketinggian 3,776 meter.

Difahamkan juga, Akuzawa telah mengambil masa sekitar tiga bulan untuk berlatih kecergasan sebelum mendaki Gunung Fuji itu.

Aktiviti mendaki gunung bukanlah sesuatu yang asing buat warga emas ini kerana dia telah mula mendaki sejak dari usia muda lagi.

Memang power! Kita yang 20 atau 30-an ni pun belum tentu lagi boleh daki gunung ni tau…

Sumber: CNN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.