collage 23

Setiap detik di majlis perkahwinan adalah momen sekali seumur hidup yang sukar untuk diulang kembali.

Setiap pasangan pengantin pastinya mengimpikan majlis perkahwinan yang lancar tanpa sebarang gangguan terutamanya ketika pasangan pengantin berarak masuk ke dalam dewan persandingan. Namun, memastikan tetamu mematuhi etika dan susunan majlis bukanlah perkara yang mudah.

Artikel berkaitan: Tetamu ‘Berlapar’ Di Majlis Kahwin, Wedding Planner Diserang Orang Ramai Sebab ‘Pedajal’ Pengantin

Artikel berkaitan: “Tak sempat arwah merasa barang hantaran” – Baru Sebulan Kahwin, Pengantin Lelaki M*ut Kemalangan

Sebuah video yang dimuat naik oleh seorang bride assistant dikenali sebagai @baaqeeelah di TikTok mencuri perhatian ramai apabila dia berani menegur tetamu majlis perkahwinan sebelum pasangan pengantin berarak masuk ke dewan.

@baaqeeelah Unexpected moment. #brideassistant #behindthescene #weddingfail #caughtoncamera #weddingday ♬ Ordinary (Wedding Version) – Alex Warren

Seperti yang kita sedia maklum, tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan kebiasaannya datang bersama ahli keluarga, dan sudah tentu turut membawa anak-anak kecil bersama. Dalam majlis yang besar, sudah tentu sukar untuk mengawal setiap karenah dan situasi yang berlaku.

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita itu, dia dilihat memberi peringatan kepada para tetamu mengenai aliran majlis yang sedang berlangsung serta meminta kerjasama semua pihak untuk menghormati aturan majlis.

Perkara itu berlaku apabila seorang kanak-kanak dilihat tidak sengaja berlari masuk ke dalam dewan ketika pasangan pengantin sedang berarak masuk.

Oleh itu, dia mengambil inisiatif untuk meminta perarakan masuk pasangan pengantin diulang semula agar ia dapat berlangsung tanpa sebarang gangguan di pintu masuk dewan.

Di dalam posting video tersebut juga baaqeeelah berkongsi bahawa momen di majlis perkahwinan adalah momen sekali seumur hidup, jadi tetamu sepatutnya lebih peka dan menghormati situasi tersebut.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen memuji tindakan bride assistant itu kerana berani meminta perarakan masuk ke dewan diulang semula. Ada juga ibu bapa yang menasihatkan supaya lebih menjaga anak-anak ketika hadir di majlis perkahwinan bagi mengelak sebarang insiden yang tidak disengajakan berlaku.

Screenshot 2025 12 26 151818 Screenshot 2025 12 26 151741 Screenshot 2025 12 26 151848

Sumber: TikTok 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.