Baru-baru ini, seorang YouTuber terkenal, Ammar Nazhan, telah mengadakan majlis merisik bersama kekasihnya, Elya Maisarah, secara tertutup di sebuah restoran.
Namun, hanya beberapa hari selepas majlis tersebut berlangsung, tular sebuah video di TikTok yang dimuat naik oleh seorang wanita meraih lebih 6 juta tontonan.
Susulan video tersebut, Ammar Nazhan tampil memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan. Ammar menegaskan bahawa kandungan yang dimuat naik oleh wanita itu adalah fitnah serta imej yang disertakan dalam video itu telah disunting.
Artikel berkaitan: “I minta maaf Elya” – Tular Foto & Video Mesra Dengan Wanita, Ammar Nazhan Dakwa Imej Disunting
Artikel berkaitan: “Saya takkan pilih orang lain selain awak” – Wanita Dakwa Ditinggalkan Ammar Nazhan Luah Rasa Masih Sayang & Setia Menunggunya
Selang beberapa hari selepas Ammar memuat naik video keterangan dari pihaknya, wanita yang lebih dikenali sebagai Lyn di TikTok itu memuat lagi video yang disertakan dengan rakaman suara yang diberikan oleh Youtuber itu sendiri.
@lynderss How can i nak move on macam tu je @Ammar Nazhan ♬ suara asli – Ray ShandyKandungan yang dimuat naik oleh Lyn itu sekali lagi meraih perhatian netizen dan mendapat 1.4 juta tontonan dari masa 1 hari.
Dalam rakaman suara yang dikongsikan itu, kedengaran Ammar seolah-olah tidak memberi keputusan jelas mengenai hubungannya dengan Lyn. Namun setakat ini, kesahihan rakaman suara tersebut masih belum dapat dipastikan.
Susulan itu, Lyn yang juga mendakwa dirinya bekas kekasih Ammar Nazhan tampil memberikan penjelasan kepada kekasih Ammar, Elya Maisarah.
@elya217mende , penat la♬ original sound – Elya MaisaraElya Maisarah turut memuat naik video penjelasan Lyn di akaun TikTok miliknya. Dalam video tersebut, Lyn menegaskan bahawa dia ingin mengetahui punca Ammar meninggalkannya sebelum memulakan hubungan baharu dengan individu lain.
Lyn menjelaskan bahawa dia tidak tahu tentang hubungan Ammar dan Elya selepas ditinggalkan oleh Ammar, dan menegaskan dia langsung tiada niat untuk mengganggu atau memisahkan mereka.
Sumber: TikTok

20 hours ago
7






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















