Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah menetapkan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas 4 kes menggunakan kedudukan untuk merasuah dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2.3 bilion, antara 2011 dan 2014 lalu.
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) ketika bersidang di Istana Kehakiman memutuskan perkara sedemikian selepas mendapati pihak pembelaan yang wakili Najib, 72, gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
Artikel berkaitan : Mahkamah Tinggi Putuskan 4 Surat Derma Arab’ Kes 1MDB Najib Razak Sebenarnya Palsu
Artikel berkaitan : “Najib bukan orang kampung” – Hakim Tolak Hujahan Najib Razak Mudah ‘Disesatkan’ Pengurusan 1MDB
Gagal menimbulkan keraguan munasabah
Ketika sedang membaca keputusan yang bermula jam 9.13 pagi tadi, beliau berpuas hati bahawa kesemua 4 pertuduhan adalah jelas dan tidak bertindih antara satu sama lain.
Mahkamah juga telah menolak hujahan pembelaan bahawa, pertuduhan itu kabur dan saling bertindih menyebabkan kesukaran kepada Najib untuk memahaminya serta menyediakan pembelaan.
Jelasnya, kesemua 4 pertuduhan itu tidak menimbulkan sebarang prejudis terhadap Najib selain tiada sebarang isu kecacatan dalam pertuduhan itu.
“Setelah meneliti afidavit dan hujahan bertulis kedua-dua pihak termasuk mendengar hujahan lisan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.”
“Oleh itu tertuduh didapati bersalah dan disabitkan kesalahan sebagaimana dalam pertuduhan kes ini.”

Pendakwaan ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, Datuk Kamal Baharin Omar, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Deepa Nair Thevaharan, Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee dan Siti Aina Rodhiah Shikh Md Saud.
Sementara pembelaan bagi Najib diwakili peguam-peguam antaranya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Tania Scivetti, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Wan Mohammad Arfan Wan Othman dan Effa Azuin.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.
Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.
Selain itu, bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib telah didakwa melakukan kesalahan tersebut di bank yang sama pada tarikh antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013.
Semua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Sumber : Astro Awani

13 hours ago
10






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















