prince syed ibu

Pempengaruh dan usahawan Prince Syed sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik luahan penghargaan buat ibunya yang disifatkan sebagai contoh terbaik seorang wanita yang bergelar ibu dan mentua.

Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok, Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman memaparkan momen manis ketika menyambut ulang tahun kelahiran ibunya bersama keluarga.

“Ini baru betul namanya seorang ibu, layak digelar ibu terbaik,” tulisnya.

Menurut Prince Syed, ibunya tidak pernah bersikap negatif atau toksik, malah sentiasa memainkan peranan sebagai pendamai dalam keluarga.

“Ibu saya sentiasa menjadi aura positif, bukan jadi orang tua yang negatif dan toksik,” katanya.

Artikel berkaitan: Ibu Bapa Mentua & Adik Ipar Tak Mengaku Bersalah Cederakan Prince Syed

Artikel berkaitan: “Korang asyik dengar satu pihak sahaja kan” – Fatin, Isteri Prince Syed Buka Mulut Pasal Dakwaan Keluarga Kandung

Screenshot 2025 12 24 165726

Menurut usahawan berusia 33 tahun itu, ibunya juga tidak pernah mencari kesalahan menantu walau berdepan pelbagai ragam, sebaliknya sentiasa menunjukkan teladan yang baik demi keharmonian keluarga.

“Ibu bukan jenis jadi api atau toksik yang boleh memusnahkan dan meruntuhkan rumah tangga anak-anak,” ujarnya.

@prince.syed.shahid

Ini baru betul namanya seorang ibu , layak digelar ibu terbaik , sentiasa menjadi aura positif bukan jd orang tua yang -ve dan toksik … x pernah cari kesalahan menantu 🙂 menantu perangai macam2 pon tapi sentiasa jd pendamai 🙂 bukan jadi api dan toksik yang sangat memusnahkan dan runtuhkan rumahtangga anak beranak , pastu tak pernah minta sesen pon duit walaupon dari anaknya sendiri 🙂

♬ Dil Kehta Hai – Kumar Sanu & Alka Yagnik

Pada masa yang sama, Prince Syed juga terharu apabila ibunya tidak pernah mengharapkan balasan daripada anak-anak, termasuk dari segi kewangan.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.