Tular satu video yang memperlihatkan dua wanita bergaduh di premis milik usahawan Aliff Syukri Kamarzaman yang kini dikatakan sedang ligat menjalankan jualan murah akhir tahun.
Menurut Aliff Syukri, punca kedua-dua wanita tersebut bergaduh disebabkan berebut ingin mendapatkan beg jenama miliknya. Dalam video tersebut, mereka berdua bertelagah dan telah dileraikan oleh orang ramai.
Artikel berkaitan : “300 biji terjual, korang ni kenapa?” – Datin Shahida ‘Pening’Lihat Netizen Beli Batu Yang Dijual Aliff Syukri
Artikel berkaitan : “Berkat jual jeruk mangga” – Aliff Syukri Dedah Sudah Beli ‘Private Jet’
Masuk kelas lakonan – Nad Zainal
Kata Aliff, dia memohon maaf kepada pelanggannya dan berjanji untuk memperbetulkan kualiti pengurusannya dalam mengendalikan jualan miliknya.
“Papa nak bagi korang merasa pakai bag papa produk papa murah-murah je. Tapi kenapa sampai nak gaduh-gaduh ni. Papa minta maaf, papa akan betulkan pengurusan papa. Papa mohon jangan berebut-rebut. Insyallah bag semua cukup untuk korang beli.”
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, ramai netizen boleh hidu bahawa ia adalah gimik dan lakonan semata-mata untuk tujuan pemasaran. Rata-rata meminta agar kedua-dua wanita itu untuk memperbetulkan mutu lakonan.
Tak cukup dengan itu, pelakon handal, Nad Zainal juga turut memberikan teguran sarkastik dengan meminta mereka untuk masuk ke kelas lakonan Ogy Ahmad Daud.

Selain itu, ada netizen mengatakan jika ia adalah lakonan, adab dan maruah sebagai wanita haruslah dijaga. Pun begitu, ada juga yang berseloroh supaya Aliff Syukri gunakan batu yang dijual untuk meleraikan pergaduhan itu.
Sumber : Instagram

2 days ago
16































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















