najib razak bukan orang kampung

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah, menolak hujahan pembelaan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Sei Najib Razak tidak menyedari penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

“Najib bukan orang kampung, hakikatnya semasa kejadian dia merupakan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

“Jadi mahkamah mendapati, hujahan bahawa dia telah ‘disesatkan’ sebagai tidak bermaruah,” kata hakim.

Katanya lagi, mahkamah juga tidak bersetuju dengan hujahan bahawa, bekas Presiden UMNO itu hanya memberi fokus kepada pentadbiran negara.

Tambahnya, tertuduh mengarahkan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low menemani bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin bagi urusan syarikat ke Abu Dhabi dan China.

Artikel berkaitan: Mahkamah Tinggi Putuskan 4 ‘Surat Derma Arab’ Kes 1MDB Najib Razak Sebenarnya Palsu

Artikel berkaitan: “So sorry daddy” – Anak Najib Razak Luah Rasa Kecewa, Mohon Bapa Bersabar Dengan Keputusan Mahkamah

1x 1

“Tertuduh juga berada dalam keadaan sedar apabila menolak nasihat daripada pihak pengurusan 1MDB termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi melibatkan Jho Low.

“Susulan itu mahkamah menyimpulkan bahawa Jho Low telah bertindak sebagai proksi dan ejen kepada Najib, selain ada bukti bergambar ketika bercuti sebelum ini,” katanya.

Untuk info, Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama antara 2011 hingga 2014 lalu.

Tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.