Balai Perlepasan Antarabangsa Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar semalam selepas seorang wanita warga China mencetuskan kekecohan dengan bertindak agresif di hadapan orang ramai.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.19 petang itu, suspek berusia 27 tahun berkenaan dilihat menjerit, berlari, menyanyi, serta menari tanpa kawalan di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit disyaki mengalami masalah kurang siuman dan bukannya berada di bawah pengaruh dadah.
Artikel berkaitan: Gara-gara Degil Tak Patuh Arahan, Powerbank Milik Warga China Terbakar Dalam Kapal Terbang
Artikel berkaitan: Anggota Didakwa Hina Penduduk Setempat Ketika Melancong Di China, Polis Buka Kertas Siasatan
@trulysglahMainland Chinese woman creates ruckus in KLIA T1 Satellite Building demanding the surrender of Singapore and Japan
♬ original sound – Truly SG – Truly SG
Terlupa Ambil Ubat Sebelum ‘Flight’
Menurut beliau, maklumat yang diperoleh daripada rakan suspek mengesahkan wanita itu dipercayai terlupa mengambil ubat yang dijadualkan sebelum kejadian berlaku.
“Hasil siasatan mendapati suspek merupakan warga China yang dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke negara asalnya pada hari kejadian selepas melancong di Malaysia bersama rakannya sejak 6 Ogos lalu,” katanya.
Kekecohan itu bagaimanapun berjaya dikawal selepas pihak keselamatan terminal yang menerima aduan bertindak pantas ke lokasi kejadian sebelum membawa suspek ke Balai Polis Terminal 1 KLIA untuk tindakan lanjut.
Dihantar Ke Wad Psikiatrik Hospital Kajang
Mengulas lanjut mengenai perkembangan suspek, M Ravi memberitahu wanita berkenaan kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Kajang selepas ditempatkan di wad psikiatrik bagi tujuan pemantauan lanjut.
Dalam pada itu, pihak polis juga telah memaklumkan insiden berkenaan kepada pihak Kedutaan China bagi membantu urusan serta tindakan selanjutnya berhubung kebajikan warga negara mereka.
Sumber: Kosmo!

7 hours ago
12















![[VIDEO] Pemandu Singapura Didakwa Bergaduh Dengan Polis Malaysia Di Laluan Menuju Ke Woodlands](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/08/ft-polis-trafik.jpg)















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















