“Plz mana-mana menteri?” – Aliff Syukri Luah Diseru Netizen Untuk Jadi Ahli Politik, Ini Respon Dr. Asyraf Wajdi

10 hours ago 9

Dunia media sosial kecoh hari ini apabila usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, seolah-olah memberi bayangan mahu terjun ke kancah politik tanah air. Namun, apa yang lebih menarik perhatian netizen bukan hanya niat usahawan tersebut, tetapi respon pantas daripada pemimpin politik terkenal.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Aliff Syukri menyatakan bahawa ramai pengikutnya yang menyarankan agar beliau bergelar seorang ahli politik. Beliau secara terbuka meminta bantuan daripada mana-mana menteri atau individu berpengalaman untuk mengajarnya selok-belok dunia kepimpinan.

Artikel berkaitan: “Orang merayu tak dapat, kau lah puncanya” – Aliff Syukri Naik Angin Isu ‘Sakau’ Duit Zakat

Artikel berkaitan: “Saya pantang tengok” – Aliff Syukri Kongsi Kini Miliki 200 Hartanah Termasuk Di Indonesia & London

Tidak menunggu lama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, dilihat meninggalkan komen pada hantaran tersebut. Tanpa perlu ulasan panjang atau sesi temu duga, Dr. Asyraf terus mengajak usahawan itu menyertai parti tersebut.

Cats 27

Tindakan spontan Dr. Asyraf itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, rata-rata mereka menyokong niat jutawan kosmetik itu malah, ada juga yang meminta beliau untuk jadi Perdana Menteri.

Cats 28

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |