Rutin seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang berulang-alik sejauh 700 kilometer (km) setiap minggu demi keluarga, dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu.
Mangsa, Azman Mazni, menghembuskan nafas terakhir ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari Papar, Sabah menuju ke kediamannya di Sibu, Sarawak sekitar jam 9.45 malam.
Tragedi pilu itu dimaklumkan oleh sahabat baiknya, S Faizzul Syar menerusi satu hantaran di laman Facebook. Difahamkan, arwah bertugas di Depot Imigresen Papar, Sabah.

Menurut Faizzul, rutin mingguan arwah adalah melakukan perjalanan jauh sama ada ke Miri atau Sibu bagi bertemu isteri, anak-anak serta ibunya.
Katanya, perjalanan darat yang dilalui arwah bukan sahaja merentasi negeri, malah melibatkan laluan merentas negara melalui Brunei dengan jarak melebihi 700 kilometer.
“Pengorbanan seorang suami, ayah dan anak. Lebih kurang setiap minggu ulang-alik dari Depot Imigresen Papar (tempat kerja) ke rumah sama ada Miri atau Sibu.
“Di Miri ada ibu nak dijaga. Di Sibu pula ada isteri dan anak. Perjalanan melebihi 700km merentasi Brunei,” kongsinya.
Artikel berkaitan: Niat Ziarah Kematian Berakhir Tragedi: Bapa Maut, 5 Ahli Keluarga Cedera SUV Jatuh Gaung Di Cameron Highlands
Artikel berkaitan: Anggota Tentera Ma*t Terpelanting Dirempuh Pemandu Tak Bertanggungjawab, Memecut Di Lampu Isyarat

Dah usaha untuk pertukaran tempat
Tambah Faizzul, arwah sebelum ini sudah berusaha untuk mendapatkan pertukaran tempat kerja supaya lebih dekat dengan keluarga, namun hasrat itu tidak sempat menjadi kenyataan sepenuhnya.
“Tiap kali bertemu atau telefon memang topik yang arwah tanya pasal perpindahan. Bukan dia tak usaha tapi (permohonan) sudah dapat sokongan di peringkat negeri, cuma belum dapat kelulusan ibu pejabat (HQ).
“Kadangkala apabila seseorang memohon pertukaran bukan sebab saja-saja, tapi ada orang tersayang menunggu,” ujarnya.

Bagi Faizzul, pemergian arwah bukan sahaja dianggap sebagai kehilangan besar dalam kalangan rakan sekerja, malah meninggalkan kesan mendalam buatnya yang juga sahabat sejak kecil.
“Banyak kebaikan yang dia buat. Kalau hendak diceritakan, memang terlalu banyak, semoga kau tenang di sana sahabat, semoga keluarga arwah tabah hadapi dugaan ini,” katanya.
Sumber: Facebook

9 hours ago
7






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















