Ft Haqiem Stopa

Pempengaruh Haqiem Stopa dilihat meluahkan rasa terkilan kerana dikatakan tidak dapat berjumpa dengan anaknya. Menerusi Threads, Haqiem memberikan bayangan bahawa kenyataan itu seperti ditujukan kepada bekas isterinya.

Dalam satu hantaran, Haqiem menyatakan bahawa biarpun dia turutkan segala syarat yang telah ditetapkan, hasrat untuk bertemu dengan anaknya tetap tidak kesampaian, lebih-lebih lagi jika seseorang itu dalam keadaan marah.

Artikel berkaitan: Muat Naik Gambar Dengan Peguam, Netizen Doakan Urusan Isteri Haqiem Stopa Dimudahkan

Artikel berkaitan: “Manusia tak lari buat silap” – Haqiem Stopa Beri Bayangan Tutup Cafe? Netizen Titip Nasihat

Benda ni sampai bila? – Haqiem

Dalam pada itu, Haqiem turut meluahkan bahawa dirinya kini sudah letih asyik dipersalahkan setiap kali ada pihak membuat sebarang hantaran.

Screenshot 2026 05 06 141020

Dalam satu lagi hantaran lain, Haqiem secara sinis mengatakan jika dirinya mempunyai banyak dosa sehingga menjadi penyebab tidak dapat berjumpa dengan anak sendiri.

Screenshot 2026 05 06 141616

Menjengah ke ruangan komen, hantaran itu telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen dan ada yang lebih menyebelahi bekas isterinya.

Screenshot 2026 05 06 141933 Screenshot 2026 05 06 142000

Untuk rekod, Haqiem Stopa dan bekas isterinya, Aireena sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat, Kuang pada 13 januari 2026.

Ia selepas Aireena memfailkan permohonan cerai terhadap Haqiem pada 4 November tahun lalu. Difahamkan kemelut rumah tangga ini melibatkan orang ketiga selepas Aireena mendakwa Haqiem berlaku curang di Threads.

Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Hud.

Sumber : Threads, mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.