“Fitnah Dahsyat Yang Diulang!” – Saifuddin Nafi Dakwaan 1.2 Juta Warga China Diberi Kewarganegaraan

4 hours ago 6

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sekali lagi tampil menafikan dakwaan kononnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberikan kewarganegaraan secara ‘borong’ kepada 1.2 juta warga China.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Saifuddin berkata dakwaan berkenaan bukan perkara baharu dan telah dinafikan serta dijelaskan berdasarkan fakta dan data rasmi beberapa kali sebelum ini.

Bagaimanapun, menurutnya masih terdapat pihak yang mengitar semula video, poster serta naratif lama yang telah diperbetulkan sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Saya telah menafikan dakwaan ini berkali-kali sebelum ini. Malah, sendiri telah memberikan penjelasan berdasarkan fakta dan data rasmi.

“Namun, masih ada pihak yang sengaja mengitar semula video, poster dan naratif yang telah diperbetulkan semata-mata untuk mengelirukan rakyat serta meniup sentimen perkauman dan kebencian.”

Dakwaan 1.2 juta warga China tak keluar Malaysia turut dinafikan

Saifpppp

Dalam masa sama, Saifuddin turut menyentuh satu lagi dakwaan yang pernah tular sebelum ini iaitu kononnya terdapat 1.2 juta rakyat China yang memasuki Malaysia tetapi tidak keluar dari negara ini.

Beliau sebelum ini telah memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut pada November 2024 dengan memaklumkan bahawa angka berkenaan adalah tidak benar.

Berdasarkan data yang dikongsikan ketika itu, seramai 8,491,653 rakyat China telah memasuki Malaysia sejak Januari 2018, manakala 84,817 daripada jumlah tersebut yang memegang Pas Lawatan Sosial masih belum direkodkan keluar pada waktu penjelasan itu dibuat.

Isu berkenaan juga pernah dibangkitkan di Parlimen sekitar tahun 2022 dan menurut Saifuddin, Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin turut mengeluarkan kenyataan media menjelaskan bahawa dakwaan 1.2 juta pelancong China tidak keluar dari Malaysia adalah tidak benar.

Saifuddin berkata beliau berharap dakwaan tersebut tidak lagi disebarkan kerana ia boleh memainkan sentimen berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Boleh cetus kebencian dan ganggu ketenteraman awam

776748235 17879123976621800 2805205337709680266 N

Menurut Saifuddin, penyebaran maklumat palsu seperti ini bukan sahaja boleh mencemarkan nama individu atau institusi, malah berpotensi memberikan kesan lebih besar terhadap masyarakat dan negara.

Katanya, penyebaran fitnah boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi negara, mencetuskan kebencian antara kaum serta mengganggu ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya tidak memperalatkan isu sensitif demi kepentingan politik atau semata-mata mahu mendapatkan perhatian di media sosial.

Saya juga menyeru agar rakyat menyemak kesahihan sesuatu maklumat daripada sumber rasmi sebelum mempercayai atau menyebarkannya.

“Jadilah pengguna media sosial yang bertanggungjawab.

“Fakta tetap fakta. Data tetap data. Jangan biarkan fitnah mengatasi kebenaran.”

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati apabila menerima kandungan berkaitan isu sensitif di media sosial, terutamanya kandungan lama yang dikitar semula tanpa konteks atau menggunakan angka yang telah dinafikan pihak berkuasa.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |