Suami kepada penyanyi, Ayu Damit iaitu Syed Pogi memaklumkan bahawa isterinya kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital.
Menerusi IG Story miliknya, Syed Pogi atau nama sebenar Syed Fauzi Syed Baharuddin memuat naik foto yang memperlihatkan Ayu Damit sedang terbaring di atas katil hospital sambil memohon doa daripada orang ramai.
Artikel berkaitan : “SOP irritating gila doh pakai benda tu” – Dikecam Teruk Ketika Beri Ucapan Juara GV7, Cliff Umar Mohon Maaf
Artikel berkaitan : Karnival Jualan Aidilfitri Kena ‘Cancel’ Saat Akhir, Boy Iman Didakwa Dalang Scam Peniaga
Kena serangan Gerd
Dalam hantaran tersebut, dia juga menititpkan harapan agar kesihatan isterinya pulih seperti sedia kala.

Memetik laporan mStar Online, penyanyi lagu Hanya Di Mercu ini mengalami serangan Gerd, iaitu penyakit refluks.
Menurut sumber, pemilik nama sebenar Norayu Damit ini mengatakan bahawa hasil imbasan X-ray mendapat bahawa dia mengalami gejala batu dalam hempedu.
Sesak nafas jam 3 pagi
Dalam pada itu, Ayu Damit menceritakan bahawa dia tiba-tiba alami sesak nafas sekitar jam 3 pagi sebelum dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya semakin tidak baik.
“Pukul 3 pagi saya sesak nafas. Suami saya letak minyak, kemudian saya tidur balik. Lepas itu lebih kurang pukul 6 pagi saya terjaga semula sebab rasa loya dan muntah. Pukul 3 tadi pun saya muntah, kemudian pukul 6 saya muntah lagi.”
Oleh sebab itu, suami membawa Ayu ke Pantai Hospital Cheras bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut sebelum disahkan megalami batu dalam hempedu itu.

“Doktor sahkan ada batu dalam hempedu. Saya memang ada fibroid sebelum ini dan fibroid itu pun memberi kesan kepada sakit perut saya.”
“Cuma untuk sesak nafas itu, doktor masih dalam pemeriksaan. Mereka akan beritahu kemudian apa sebenarnya yang menyebabkan saya sesak nafas.”
Oleh itu, Ayu meminta orang ramai untuk tidak membuat andaian mengenai keadaan kesihatannya selagi pemeriksaan doktor belum selesai.
Sumber : Instagram, mStar Online, Gempak

1 hour ago
9














![[VIDEO] Pemandu Singapura Didakwa Bergaduh Dengan Polis Malaysia Di Laluan Menuju Ke Woodlands](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/08/ft-polis-trafik.jpg)















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















