Semenjak mendapat tahu dirinya kini ‘sakit’, ramai yang mula simpati dengan personaliti media sosial iaitu Budak 46 yang kini menjadi perhatian.
Baru-baru ini, Budak 46 atau nama sebenarnya, Muhammad Ammarzulkha Helmi ada membuat kejutan istimewa buat adiknya yang dikenali sebagai Cuna.
Artikel berkaitan : “Selagi saya boleh, saya buat” – Kembali Tular Kerana Masalah Penglihatan, Budak 46 Enggan Terima Sumbangan
Artikel berkaitan : Budak46 Jelaskan Sumber Pendapatan, Bigo, Instagram & Youtube Jadi Penyumbang Utama
“Dia cakap sebab video tu, dia dapat pergi umrah” – Cuna
Dalam satu hantaran video TikTok yang dimuat naik oleh Cuna, kelihatan abangnya berada di pintu masuk sambil membawa bungkusan hadiah yang besar. Cuna meluahkan rasa terharu kerana tidak sangka yang dia menerima kejutan daripada abangnya itu.
“Tiba-tiba datang rumah, buat kejutan siap bawa hadiah. Dia cakap sebab video tu dia dapat pergi umrah. Lihatlah betapa baiknya dia, dia layak menerima segala kebahagiaan di dunia. Saya sangat gembira untuknya.”
@hhusnahelmytetiba datang rumah surprise siap bawak hadiah. dia cakap sebab video tu, dia dapat gi umrah :’(((
♬ Di Akhir Perang Epic Orchestra Instrumental – sora.tune
Rata-rata netizen sebak melihat moment tersebut dan menyifatkan Budak 46 sebagai seorang abang yang ikhlas untuk berkongsi rezeki kepada adiknya biarpun kini mempunyai masalah penglihatan selain daripada mengagumi semangat Budak 46 yang gigih bekerja biarpun kini sedang diuji.

Sebelum ini, Budak 46 mendedahkan yang dirinya sedang menghidap retinitis pigmentosa, satu penyakit mata yang menyebabkan kehilangan secara beransur-ansur.
Sumber: Threads

3 hours ago
4

![[VIDEO] Pemandu Singapura Didakwa Bergaduh Dengan Polis Malaysia Di Laluan Menuju Ke Woodlands](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/08/ft-polis-trafik.jpg)





























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















