“Kecil-kecil dulu buat main je bunga ni” – Ramai Terkejut Bunga Kertas Dipercayai Bagus Untuk Diabetes & Asma

4 hours ago 4

Satu perkongsian daripada seorang pempengaruh dari negara luar telah menarik perhatian netizen Malaysia. Ini kerana individu tersebut telah berkongsi khasiat bunga kertas, bunga yang selalu kita ‘tak pandang’ tetapi sebenarnya dipercayai boleh menjadi penawar kepada beberapa jenis penyakit.

Dalam video tersebut, individu berkenaan berkongsi resipi minuman menggunakan bunga kertas dan mendakwa bahawa bunga tersebut mampu menjadi penawar untuk mengawal gula dalam darah serta ‘penawar’ kepada mereka yang menghidap penyakit asma.

Artikel berkaitan : Jaheaik Buka Kertas Siasatan Kes Isteri ‘Madukan’ Suami Di Kelantan

Artikel berkaitan : Kisah Di Sebalik Sejarah Pemilihan Bunga Raya, Simbol Patriotik Negara

Kecil-kecil dulu buat main je bunga ni – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen kagum dengan bunga kertas setelah mengetahui keistimewaannya dan ada juga yang mengimbau sewaktu di zaman kecil, bunga ini dijadikan permainan dan ada netizen juga yang menggunakan bunga ini dalam hidangan masakan mereka.

Bunga Kerstas 2 Bunga Kertas Bunga Kertas 3

Mengenai kesahihan tentang keistimewaan bunga ini, hasil kajian daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ada menyatakan bahawa setiap warna pada bunga kertas yang ada, mengandungi hasil kandungan fitokimia yang berbeza.

“Kehadiran fitokimia ini, antaranya adalah bahan antioksidan.  Kehadiran antioksidan semula jadi ini telah mendapat sambutan dan perhatian ramai saintis untuk mengkaji lebih lanjut kegunaan fitokimia lain untuk perubatan kerana lebih selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang akan menjejaskan kesihatan berbanding penggunaan antioksidan sintetik.  Bahan ini lah boleh melambatkan penuaan dan lebih kekal awet muda lebih lama.”

“Selain kelopak bunga yang boleh direbus dan dijadikan teh, daunnya juga boleh dilumatkan dan ditampal untuk merawat luka (mengeringkan darah).  Daun juga mempunyai komponen steroid yang mempunyai anti diarea, anti ulser, anti radang dan anti mikrobial. “

Screenshot 2026 08 18 145617

“Akar pokok bunga kertas ini boleh direbus dan diminum untuk merendahkan suhu dan memberi keselesaan yang lama.  Kalau dahulunya, dalam perubatan tradisional, bunga kertas ini banyak digunakan untuk mengubati bisul, menghilangkan ruam/gatal, hepatitis, haid yang tidak teratur, keputihan, senggugut dan haid datang lewat, tetapi sekarang lebih berkembang dan banyak dikomersialkan dan terbaharu dalam industri kosmetik.”

Sumber: Threads, Universiti Putra Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |