Penduduk di sekitar Alor Setar, Kedah baru-baru ini gempar berikutan fenomena mistik membabitkan gangguan bunyi ketukan pintu rumah yang kuat pada waktu malam, namun tiada sesiapa kelihatan apabila pintu dibuka.
Isu ini mula menjadi tular di media sosial selepas hantaran daripada akaun @/kedah_star memuat naik persoalan mengenai kejadian misteri tersebut yang melanda beberapa kediaman warga tempatan.
Artikel berkaitan: Dakwa Housemate & Mangsa Orang Yang Sama, Netizen Rasa Kisah ‘Housemate Pocong’ Hanya Rekaan?
Artikel berkaitan: Pernah Tular Kisah Tak Sedar Tinggal Sebumbung Dengan Pocong, Wanita Dikhabarkan Sudah Meninggal Dunia
Dengar Ketukan Kuat, CCTV Pula Kosong
Menerusi ruangan komen hantaran berkenaan, ramai penduduk tampil berkongsi pengalaman seram yang dialami mereka sendiri:
- Kawasan Langgar / Kampung Pantai Jamai: Seorang pengguna media sosial menceritakan bahawa mak dan ayahnya yang bermalam di rumahnya terdengar bunyi ketukan kuat sebanyak dua kali. Walaupun pada mulanya disangka ahli keluarga sendiri, semakan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati tiada sebarang kelibat manusia kelihatan.
- Kawasan Tanjung Musang: Pengguna lain turut mengesahkan rumahnya menjadi antara lokasi yang terjejas sekitar jam 12 tengah malam. Bunyi ketukan itu didakwa sangat kuat seolah-olah pintu mahu roboh.
- Tiada Kelibat di CCTV: Beberapa netizen lain menguatkan lagi dakwaan tersebut dengan menyatakan pintu rumah mereka diketuk dengan sangat kuat, namun hasil semakan CCTV tetap kosong tanpa sebarang bayang.
Netizen Persoal Unsur Mistik
Kejadian serentak di pelbagai kawasan sekitar Alor Setar ini menimbulkan pelbagai andaian dalam kalangan netizen. Ada yang berseloroh dan bertanya sama ada ini merupakan “musim orang melepaskan makluk halus atau saka” (pelepas), di samping ramai yang mendoakan agar seluruh penduduk setempat dilindungi daripada sebarang gangguan yang tidak diingini.
Fenomena ketukan pintu misteri tanpa penghuni ini bukanlah kali pertama berlaku di Malaysia, namun kemunculannya semula di Alor Setar cukup untuk membuatkan penduduk berasa berjaga-jaga dan lebih berwaspada pada waktu malam.

4 hours ago
10

![[VIDEO] Pemandu Singapura Didakwa Bergaduh Dengan Polis Malaysia Di Laluan Menuju Ke Woodlands](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/08/ft-polis-trafik.jpg)





























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















