Ft Kaartik Reeka

Satu khabar berita sayu buat para pengikut pasangan pempengaruh terkenal di TikTok iaitu Kaartik & Rekka apabila mereka dikatakan terlibat dalam satu kemalangan.

Pasangan berbangsa India yang mula dikenali ramai kerana gemar ke bazar Ramadan semasa bulan puasa ini, difahamkan telah dimasukkan ke hospital yang berlainan.

Artikel berkaitan: “Umi rindu nak peluk abang” – Sajat Sedih Tak Dapat Jaga Anak Kemalangan

Artikel berkaitan: “Tolong berhenti minum & memandu” –  Lagi Kes Pemandu Mabuk, Suami Isteri M*ut Kemalangan

“Ini kali pertama kami hidup terpisah macam ni.”

Perkara itu dimaklumkan oleh anak mereka menerusi Threads yang mengatakan bahawa Kaartik dikejarkan ke PPUM, sementara isterinya Rekka pula ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

683944680 17959483941114662 7193082221584747490 N

Terkini, Kaartik telah berkongsi yang dirinya sudah boleh pulang dari wad, namun apa yang menyedihkan adalah ssewaktu dirinya dibenarkan keluar, isterinya tiada di sisi dan ia agak janggal buat Kaartik kerana katanya ia adalah pertama kali mereka ‘terpisah’.

Ia membuatkan Kaartik risau dengan keadaan isterinya itu dan berhadap agar Rekka kuat. Dalam satu hantaran video yang berdurasi 46 saat itu, Kaartik yang duduk di atas kerusi roda dilihat tidak dapat menahan air mata kerana terkenangkan isterinya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memberikan sokongan moral buat mereka berdua dan mendoakan agar mereka cepat sembuh.

Screenshot 2026 05 07 124147 Screenshot 2026 05 07 124207 Screenshot 2026 05 07 124228

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.