Ft Koi

Pemain keyboard kumpulan Floor 88, Eric Fuzi menepis dakwaan yang mengatakan bahawa dirinya adalah ‘orang utama’ di sebalik kejayaan kumpulan hip hop, K.O.I dalam Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) baru-baru ini.

Menerusi Threads, pemilik nama sebenar Muhamed Eric Muhamed Fuzi tampil membetulkan tanggapan ramai itu selepas dia dihujani pujian atas kejayaan K.O.I itu.

Artikel berkaitan: “Gila tak expect” – Isteri Anggota Kumpulan K.O.I Dedah Tuannicky Adalah Vokalis Floor 88?  

Artikel berkaitan: “Patutlah tak sedap hati tadi ” -[Video] Vokalis Floor 88 Jatuh Rebah Masa Tengah Buat Konsert

Menurut Eric lagi, pembabitannya dalam kumpulan itu adalah atas dasar persahabatan untuk membantu dalam memperkemaskan lagi persembahan pentas mereka di samping sokongan daripada pihak pengurusan.

“Banyak hantaran yang mengangkat dan memuji saya mengenai kejayaan K.O.I di AJL40 dan karya-karya mereka yang lain.”

“Saya cuma sahabat yang membantu mereka dalam persembahan pentas bersama pasukan dari Rusa Music dan FUKiKA Music yang diketuai oleh Pengurus Projek.” saudara Luqman.

“K.O.I ditubuhkan awal oleh Achoi Floor 88, Hemo dan Mya, sebelum penambahan ahli baharu iaitu Raflex. Mereka berempat adalah ahli tetap.”

Screenshot 2026 08 19 152508

Tegasnya lagi, segala kejayaan dan usaha keras itu memang daripada kumpulan K.O.I sendiri, manakala Eric hanya memberikan sokongan padu dari belakang.

“Semua usaha daripada mereka. Saya sebagai sahabat hanya menyokong dan gembira atas kejayaan mereka.”

“Teruskan menyokong mereka dan doakan kami dalam Floor 88 juga dapat merasa menggenggam trofi Juara AJL akan datang.”

Selain itu, Eric sempat memberikan peringatan bahawa selain aktif bersama Floor 88, Eric juga ada projek kumpulan muzik lain lagi, iaitu Deroyan dan S.U.L.

Sebelum ini, K.O.I dinobatkan sebagai juara menerusi lagu Tiwikarma pada AJL40 yang berlangsung Sabtu lalu.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.