Semalam, isu gangguan LRT Rapid KL di beberapa stesen utama yang digunakan oleh pengguna pengangkutan awam menjadi topik hangat dan meraih perhatian ramai.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh di lapangan, gangguan LRT tersebut telah menyebabkan kesesakan luar biasa di Stesen Abdullah Hukum sehingga menyebabkan ramai pengguna pengangkutan awam terkandas di stesen tersebut.
Menerusi salah satu posting di Threads, seorang pengguna pengangkutan awam meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa berdepan situasi gangguan dan kerosakan LRT yang dikatakan berlaku dengan kerap.
Artikel berkaitan: Beri Laluan Untuk Kerja Baik Pulih, Ini Perubahan Jadual Operasi Tren Terakhir Laluan Putrajaya Pada 7 & 8 Mac
Artikel berkaitan: “Hanya SOP, bukan gangguan” – Rapid Rail Perjelas Isu Pengeluaran Tren
Susulan isu berkenaan, seorang pengguna di Threads berkongsi cadangan penambahbaikan serta turut mengajak netizen lain untuk memberikan idea dan pandangan bagi membantu menambah baik perkhidmatan Rapid KL.
Antara cadangan yang dikemukakan ialah penambahbaikan sistem, termasuk kawalan penumpang (crowd control) di stesen terjejas bagi mengelakkan kesesakan yang terlalu padat di kawasan tersebut.
Selain itu, pengguna Threads tersebut turut mencadangkan agar pihak RapidKL membaik pulih sistem pembesar suara di setiap stesen bagi memastikan pengguna LRT dapat menerima maklumat dengan lebih jelas sekiranya berlaku gangguan secara mengejut.

Selain itu, gangguan ini didakwa lebih kerap berlaku di laluan Kelana Jaya sahaja. Menurut salah seorang pengguna pengangkutan awam di laluan lain, mereka tidak berdepan masalah yang sama secara berulang seperti di laluan tersebut.

Menerusi ruangan komen, terdapat juga netizen yang mencadangkan agar pihak Rapid KL melakukan analisis punca utama terhadap gangguan tersebut bagi memudahkan proses pembaikan dan mengelakkan isu sama berulang pada masa hadapan.

Tindakan Alternatif Rapid KL
Walau bagaimanapun, pihak Rapid KL telah mengambil tindakan pantas semalam bagi memudahkan urusan pengguna pengangkutan awam yang terkandas di beberapa stesen termasuk stesen Abdullah Hukum, Bangsar dan Pasar Seni.
Menerusi hantaran Rapid KL di Facebook, laluan alternatif dan bas perantara disediakan secara percuma sepanjang waktu kerja-kerja baik pulih dijalankan.
Masalah gangguan kerosakkan LRT ini juga telah berjaya diatasi oleh pihak Rapid KL pada sekitar jam 5 pagi tadi menerusi info yang didapati di aplikasi MyRapid KL.

Sumber: Threads

6 hours ago
8






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















