Ft Polis Trafik

Tular satu video memperlihatkan seorang pemandu yang membawa kereta berdaftar dari Singapura dikatakan bergaduh dengan pegawai polis Malaysia di jalan raya menuju ke Pusat Pemeriksaan Woodlands. Difahamkan kejadian itu berlaku selepas tengah malam pada 16 Ogos 2026 lepas.

Dalam video tersebut, dilihat pemandu dan pegawai polis berkenaan sedang bertengkar, yang mana situasi itu menjadi semakin tegang apabila pegawai polis itu dipercayai melemparkan topi keledar ke muka pemandu tersebut dan melayang ke arah bertentangan.

Artikel berkaitan: Tak Puas Hati Isteri Ditegur Cop Parking, Lelaki Sado Lucut Baju Ajak Bergaduh

Artikel berkaitan: Bergaduh Sebab Berebut Beg Aliff Syukri, Nad Zainal Minta 2 Wanita Masuk Kelas Lakonan

Akibat lemparan tersebut, pemandu itu dilihat terhuyung-hayang dan menegakkan badannya sebelum menolak dan menendang pegawai itu. Kemudian, seorang lagi pegawai polis datang untuk memisahkan kedua-duanya daripada terus bergaduh.

Akhirnya, individu yang terlibat dilihat dibawa kembali ke kereta pemandu, di mana beberapa pegawai sedang mengarahkan lalu lintas ke lorong paling kanan.

Nadyas Gifs

Saksi kejadian yang dikenali sebagai Aeric, 40, memberitahu Mothership bahawa pergaduhan itu berlaku sekitar jam 12:08 pagi dan waktu itu dia tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

Aeric mengatakan bahawa punca pergaduhan masih belum dikenal pasti tetapi berdasarkan pemerhatiannya, tiada sesiapa yang mengalami sebarang kecederaan dalam pergaduhan itu.

Screenshot 2026 08 18 172306

Bila ditanya sama ada pergaduhan itu menjadi punca kesesakan lalu lintas, Aeric menafikannya kerana menurutnya, keadaan jalan di situ pada waktu itu memang sesak. Bagaimanapun, dia tidak menafikan bahawa ia serba sedikit memberikan kesan terhadap aliran lalu lintas di jalan tersebut.

Sumber: mothership.sg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.