Thailand berduka apabila berlaku satu kebakaran dahsyat di sebuah pub di Bangkok pada awal pagi Isnin yang mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang serta puluhan lagi cedera.
Menerusi video tular, pengunjung pub berkenaan dilihat menjerit sambil masing-masing bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri apabila api marak dari pintu masuk.
Malah, keadaan kepulan asap tebal keluar dari pub berkenaan sebelum api marak secara mendatar dari pintu masuk premis itu membuatkan ramai turut berasa ‘seram’ kerana tidak pernah melihat situasi seperti itu.
Menurut laporan, laluan keluar kecemasan di premis berkenaan terhalang menyebabkan pengunjung sukar untuk menyelamatkan diri daripada asap tebal.
Pengarah Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Pentadbiran Metropolitan Bangkok, Suriyachai Rawiwan memaklumkan, 27 orang maut serta seramai 63 lagi mangsa dilaporkan cedera, termasuk 22 yang berada dalam keadaan kritikal.
Artikel berkaitan: Hotel Terbakar Di Mekah, 70 Orang Jemaah Malaysia Selamat
Artikel berkaitan: [Video] Bulu Ekor Terbakar Disambar Api, Tapi Kucing Ni Tetap ‘Selamba’ Je Tengok Sampai Api Padam

Siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas pada unit penyaman udara yang dipasang di siling premis.
Mangsa yang terselamat berkata, kebakaran dipercayai bermula di bahagian pentas hadapan sebelum merebak dengan pantas.
Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt berkata, pub itu mempunyai dua laluan keluar kecemasan, namun kedua-duanya terhalang.
Situasi itu menyebabkan ramai pengunjung terpaksa melarikan diri ke bahagian belakang premis yang menempatkan dapur dan tandas.
Turut dilaporkan keadaan ruang utama pub yang musnah akibat kebakaran, dengan meja dan bangku bar masih kelihatan di lokasi.
Sumber: Berita Harian

16 hours ago
11

![[TERKINI] Syed Saddiq Umum Majlis Perkahwinan Bakal Diadakan Tidak Lama Lagi, Pada Tahun Ini](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/07/ft-BASS.jpg)





























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















