Berjaya Mara Ke Kumpulan 16 Terbaik, Billionair UAE Hadiahkan SUV RM118K Kepada Pasukan Bola Sepak Mesir

13 hours ago 7

Pencapaian bersejarah skuad bola sepak kebangsaan Mesir yang berjaya melangkah ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia buat julung kalinya mendapat penghargaan luar biasa daripada bilionair Emiriah Arab Bersatu (UAE), Khalaf Al Habtoor.

Sebagai tanda apresiasi, pengasas Al Habtoor Group itu menghadiahkan sebanyak 59 buah kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu jenis Mitsubishi Eclipse Cross kepada keseluruhan delegasi Mesir. Hadiah bernilai tinggi tersebut diagihkan kepada 59 individu merangkumi barisan pemain, staf kejurulatihan, serta pegawai teknikal, pentadbiran dan perubatan.

Artikel berkaitan: Mo Salah Muat Naik Gambar Sempena Krismas, Ini Respon Faizal Tahir 

Artikel berkaitan: Jurulatih Dakwa Mesir Dizalimi Selepas Tewas Kepada Argentina, Apa Maksud Tanda X Hossam Hassan?

رغم انتهاء مشوار #منتخب_مصر في #كأس_العالم، فإن ما قدمه اليوم أمام #منتخب_الأرجنتين كان أداءً عالمياً يبعث على الفخر والاعتزاز.

خسرتم النتيجة، لكنكم كسبتم احترام العالم، وأثبتّم أن المنتخب المصري قادر على مقارعة أكبر المنتخبات بندية وشجاعة وإيمان حتى اللحظة الأخيرة.

نقول لأبطال…

— Khalaf Ahmad Al Habtoor (@KhalafAlHabtoor) July 7, 2026

Jurucakap Al Habtoor Group memaklumkan bahawa kesemua unit kenderaan berkenaan kini dalam proses penyediaan untuk dihantar, manakala urusan penyerahannya dikendalikan bersama Persatuan Bola Sepak Mesir. Dianggarkan setiap SUV itu bernilai sekitar AS$29,000 (RM118,314), menjadikan kos keseluruhan ganjaran berkenaan mencecah hampir AS$1.7 juta (RM6.93 juta).

Bercakap mengenai pemberian ganjaran berskala besar itu, Al Habtoor menegaskan beliau memilih untuk memberi sumbangan kepada seluruh kontinjen kerana menyedari kejayaan sebuah pasukan tidak hanya bergantung kepada pemain di padang semata-mata, sebaliknya dipacu oleh usaha bersama.

Meskipun perjalanan Mesir terhenti selepas tewas tipis 2-3 kepada juara bertahan, Argentina pada pusingan 16 terbaik, 7 Julai lalu, impak persembahan mereka tetap dipuji tinggi. Dalam aksi mendebarkan itu, Mesir mendahului 2-0 sehingga ke hujung babak permainan sebelum kebangkitan dramatik diterajui Lionel Messi menyaksikan Argentina meledak tiga gol dalam tempoh 13 minit.

Pujian turut disuarakan oleh Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. Menerusi hantaran di platform X, beliau menyatakan kekaguman terhadap daya juang skuad Mesir yang berjuang menentang juara dunia sehingga ke minit terakhir.

Perjalanan kempen Piala Dunia 2026 di Amerika Utara menyaksikan skuad Mesir melakar sejarah tersendiri. Selepas mencatat keputusan seri menentang Belgium dan Iran serta menundukkan New Zealand di peringkat kumpulan, Mesir meneruskan kemaraan dengan menyingkirkan Australia menerusi penentuan sepakan penalti pada peringkat kalah mati.

Sekembalinya kontinjen negara ke tanah air pada 10 Julai, mereka disambut hebat sebagai wira menerusi perarakan menaiki bas terbuka di bandar pesisir pantai Mediterranean, El Alamein.

Bagi memuncak kemeriahan kejayaan berkenaan, Presiden Mesir, Abdel Fattah El Sisi turut menganugerahkan pingat Order of Merit kepada setiap pemain dan ahli delegasi sebagai tanda penghormatan tertinggi negara atas pencapaian gemilang yang membanggakan itu.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |