Pam Minyak

Inisiatif BUDI MADANI yang diberi khas untuk rakyat Malaysia bagi pembelian petrol dengan harga subsidi dilihat dapat membanteras ketirisan subsidi kepada warga asing. Selain itu, aktiviti penyeludupan juga dapat dibanteras.

Namun, masih ada juga mereka yang tidak bertanggungjawab yang membeli petrol RON95 dengan harga subsidi.

Oleh itu, penggunaan kad kredit dan debit asing bagi pembelian minyak petrol RON95 di semua stesen minyak di seluruh Malaysia bakal disekat oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menurut Astro AWANI, langkah itu bakal dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 1 April 2026 iaitu pada Rabu ini.

12 2Gambar sekadar hiasan

Artikel berkaitan: Rakyat Malaysia Disarankan Tangguh Perjalanan Jika Ada Perancangan Untuk Ke Thailand

Artikel berkaitan: Thailand Laksana WFH Untuk Jimatkan Penggunaan Tenaga, Netizen Mula Persoal Malaysia Bila Pula?

Selain dapat mengelakkan ketirisan subsidi petrol kepada warga asing, difahamkan, langkah tersebut juga boleh mengurangkan beban pekerja stesen minyak untuk memantau atau mengawasi pam minyak secara fizikal.

Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, sistem pam minyak sedang diintegrasikan dengan sistem perbankan dan pangkalan data identiti MyKad.

Dengan itu, sistem acara menapis transaksi secara automatik.

Difahamkan, jika pelanggan stesen minyak mahu membeli petrol dengan menggunakan kad kredit atau debit asing, mereka perlu membuat pembayaran di kaunter kerana KPDN mahu mengelakkan penyalahgunaan subsidi RON95.

Kesimpulannya, kad kredit atau debit asing masih boleh digunakan untuk beli petrol, tapi hanya untuk transaksi di kaunter. Kalau bayar sendiri guna kad dekat pam minyak, memang tak boleh guna kad kredit atau debit asing. 

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.