Polis mengesahkan dakwaan tular mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua diculik di Kuala Nerang, Kedah adalah tidak benar, sebaliknya laporan yang dibuat mangsa didapati palsu selepas siasatan dijalankan.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, Polis Daerah Padang Terap menerima laporan berhubung dakwaan seorang pelajar lelaki dilarikan dua lelaki tidak dikenali pada Ahad lalu.
Mangsa mendakwa dia dipaksa masuk ke dalam sebuah kenderaan, diikat tangan dan kakinya lalu ditinggalkan di tepi jalan.
Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati ia hanyalah cerita rekaan pelajar terbabit kerana berasa malu dan tertekan selepas tersilap memasuki tandas perempuan di sekolahnya.
Artikel berkaitan: Didakwa Kurung Rakan Dalam Tandas Sekolah, 2 Remaja Perempuan Dihadapkan Ke Mahkamah
Artikel berkaitan: Tak Mahu Ke Sekolah, Pelajar Sekolah Reka Cerita Diculik Gara-gara…
Menurut Adzli, kejadian bermula selepas tamat sesi persekolahan apabila pelajar terbabit secara tidak sengaja memasuki tandas perempuan berhampiran surau sekolah.
Ketika hendak keluar, dia terserempak dengan seorang pelajar perempuan sebelum bertindak melarikan diri dalam keadaan panik kerana diekori beberapa pelajar perempuan yang mempersoalkan tindakannya.
“Dia dalam keadaan buntu dan tertekan, dia telah menahan sebuah motosikal dan ditumpangkan ke kawasan Ladang Sungai Seraya.
“Pelajar ini kemudian menunjukkan satu rumah yang kononnya itu adalah rumahnya dan turun di situ namun tuan rumah mengesyaki sesuatu mencurigakan,” katanya.
Berikutan itu, tuan rumah menghubungi polis dan mangsa kemudian membuat laporan kononnya diculik.
“Jadi dalam kes ini sebenarnya pelajar ini selamat dan tiada kejadian culik dan saya gesa masyarakat supaya jangan mudah sebar maklumat tak betul yang boleh mendatangkan kegusaran masyarakat, ” katanya.

Pelajar pernah jadi mangsa buli
Dalam perkembangan sama, Adzli memaklumkan hasil siasatan turut mendapati pelajar itu pernah mendakwa menjadi mangsa buli di sekolah lamanya di Alor Setar sebelum berpindah ke Kuala Nerang.
Katanya, mangsa pernah membuat laporan polis pada 18 Jun lalu dan polis telah menahan empat pelajar untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 507B Kanun Keseksaan.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu. Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Sinar Harian

13 hours ago
7
![[TERKINI] Syed Saddiq Umum Majlis Perkahwinan Bakal Diadakan Tidak Lama Lagi, Pada Tahun Ini](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/07/ft-BASS.jpg)





























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















