“Itu urusan peribadi – Imranul Effendy Perjelas Tidak Berhak Ulas Isu Norreen Iman

14 hours ago 9

Pelakon, Imranul Effendy enggan untuk mengulas isu penampilan terkini aktres, Norreen Iman yang dikhabarkan tidak lagi berhijab.

Katanya, biarpun dia menganggap Norreen sebagai kakaknya, dia tidak mempunyai urusan untuk mencampuri hal peribadi apatah lagi memberikan komen.

Artikel berkaitan: Noreen Menangis Kongsi Detik ‘Panggilan’ Pergi Umrah, Neelofa Nasihat Untuk Istiqamah

Artikel berkaitan: Kalau Dipilih Masuk PLKN, Noreen Sanggup Mengandung Setiap Tahun

“Saya hanya ingin mengatakan bahawa Norreen merupakan seorang individu yang sangat baik. Dia antara insan yang banyak membantu saya sepanjang perjalanan memasuki industri seni, daripada saya tidak dikenali sehingga berada pada tahap sekarang.”

“Untuk saya mengulas mengenai isu yang sedang dihadapinya, saya rasa saya tidak berhak ulas kerana itu urusan peribadinya.”

“Saya menghormati apa jua keputusan yang dibuat dan percaya segala yang dilakukan adalah yang terbaik buat dirinya. Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk Norreen dan keluarganya.”

Screenshot 2026 07 14 144213

Dalam pada itu, Imranul akui yang dia ada berhubung dengan Noreen tetapi memilih untuk tidak mendedahkan butiran perbualan mereka. Namun, Imranul menjelaskan hubungan mereka masih baik sehingga kini.

“Ada perkara yang dikongsikan dengan saya, namun biarlah ia kekal antara kami berdua. Saya tidak mahu mengulas mengenai isu sensitif seperti ini kerana saya bukan individu yang layak untuk memberikan pandangan. Apa yang lebih penting, kita doakan sahaja yang terbaik buat dirinya.”

Berkenaan dengan kecaman dan fitnah netizen terhadap Norreen, Imranul mengatakan yang dia tidak mudah terpengaruh dengan persepsi orang ramai, tetapi menyifatkan Norreen seorang wanita yang cekal.

Screenshot 2026 07 14 144412

“Saya tidak terkesan dengan apa yang diperkatakan orang ramai kerana saya mengenali Norreen secara peribadi. Saya tahu bagaimana dirinya yang sebenar.”

“Pada saya, Norreen merupakan seorang yang sangat kuat. Biarlah orang ramai ingin berkata apa sekalipun kerana mereka tidak benar-benar mengenali dirinya.”

“Kita tidak mampu menutup mulut orang. Hubungan saya dengannya masih baik dan saya tidak pernah mencampuri urusan peribadinya. Saya hanya mendoakan yang terbaik buat dirinya.”

Sebelum ini, Norreen menjadi tumpuan ramai berikutan dirinya tampil dengan imej tidak lagi bertudung dan berambut pendek.

Sumber : Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |