Kenaikan harga petrol yang semakin dirasai rakyat ketika ini bukan sahaja membebankan pengguna, malah mencetuskan pelbagai perbincangan mengenai langkah penyelesaian.
Oleh itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan tampil menggariskan tujuh langkah bagi menangani isu tersebut.
Menerusi satu perkongsian, beliau menjelaskan cadangan itu melibatkan pendekatan jangka pendek, sederhana dan panjang yang boleh dipertimbangkan oleh pelbagai pihak.
Antara cadangan utama yang dikongsikan adalah memperbanyakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) termasuk kereta, motosikal dan bas sebagai alternatif kepada bahan api fosil.
Banyakkan pengeluaran, jual dan guna kenderaan elektrik seperti kereta, motosikal dan bas elektrik,” katanya.
Ahmad maslanArtikel berkaitan: Datuk Ahmad Maslan Kongsi Rahsia Perkahwinan Bahagia Selama 38 Tahun, Ini Tipsnya…
Artikel berkaitan: PH & BN Bakal Bergabung? Mat Sabu & Ahmad Maslan Tiba di Seri Pacific Untuk Pertemuan Khas
Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian turut mencadangkan agar usaha penyelidikan dan pembangunan biodiesel daripada kelapa sawit dipertingkatkan bagi kegunaan lebih meluas.
Dalam masa sama, beliau turut menekankan kepentingan amalan berkongsi kenderaan atau carpooling serta penggunaan pengangkutan awam bagi mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian.
“Beri insentif kepada carpooling dan galakkan penggunaan pengangkutan awam.
“Basikal adalah kaedah yang sihat untuk ke tempat yang dekat,” katanya lagi.
Dari sudut strategik, Ahmad turut mencadangkan supaya Malaysia mencari laluan import dan eksport minyak yang lebih selamat, selain memperluaskan perdagangan dengan pelbagai negara.
“Cari laluan import dan eksport minyak yang tidak melalui kawasan sensitif serta tingkatkan perdagangan dengan pelbagai negara,” katanya.
Sumber: FB Ahmad Maslan

12 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















