Pemuda berusia 25 tahun terkejut selepas mendapati mangsa kemalangan yang maut di persimpangan lampu isyarat Bandar Seri Cendana, Sungai Petani adalah bapanya sendiri.
Dalam kejadian itu, mangsa Wan Mohd Shamsury Wan Mohd Samsudin, 48, dikatakan baru sahaja keluar dari rumahnya yang terletak di Bandar Seri Astana untuk ke tempat kerjanya di Butterworth, Pulau Pinang sebelum terbabit dalam kemalangan tersebut pada jam 8.40 pagi.
Artikel berkaitan: “Bila saya tiba di lokasi, tangan dia sejuk” – Anak Bongsu Izam EYE Meninggal Dunia Kemalangan Jalan Raya
Artikel berkaitan: “Ketika kemalangan dia pakai baju saya” – Ibu Tak Sangka Ungkapan ‘Selamat Tinggal Umi’ Jadi Kenangan Terakhir
Anak mangsa iaitu Wan Muhammad Shah Danial Wan Mohd Shamsudin mengatakan dia tidak menyangka bahawa bapanya terbabit dalam kemalangan itu dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Sebelum ini, saya hanya melihat berita memaparkan kemalangan membabitkan penunggang motosikal berkuasa tinggi di tempat lain namun tidak menyangka perkara sama berlaku pada bapa saya sendiri.”
“Selama ini saya tengok berita berkaitan kemalangan motosikal berkaitan orang lain tetapi hari ini berlaku pada bapa sendiri, terkejut sangat.”
Dalam pada itu, Muhammad Azri Amir, rakan mangsa turut terkejut memandangkan dia baru sahaja berbual menerusi aplikasi WhatApps pada malam sebelum kejadian.
Dia seakan tidak percaya dengan kejadian yang berlaku dan menyifatkan arwah merupakan seorang yang disenangi ramai serta jarang bercakap tetapi sentiasa tersenyum.

“Kenangan ‘ride’ bersama arwah tetap dalam ingatan malah kalau tunggang motosikal bersama, arwah sering membawa isteri dan begitu juga saya, membuatkan kami rapat, pagi ni bila dapat tahu kejadian ni, terkejut sangat.”
Dalam pada itu, isteri mangsa yang berada di Hospital Sultan Abdul Halim kelihatan sedih kerana masih terkejut dengan kejadian yang berlaku.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah kereta dari arah Taman Sejati membelok ke kanan ke Bandar Seri Cendana dan memasuki laluan motosikal yang sedang bergerak lurus dari arah Bandar Perdana ke Taman Sejati.
“Mangsa terjatuh di atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke HSAH manakala pemandu kereta itu dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.”
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati bahawa kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang melanggar lampu isyarat dan memasuki simpang sehingga menyebabkan mangsa melanggar bahagian sisi sebelah kiri kenderaannya dan kes akan disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber : Harian Metro

10 hours ago
10
![[TERKINI] Syed Saddiq Umum Majlis Perkahwinan Bakal Diadakan Tidak Lama Lagi, Pada Tahun Ini](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/07/ft-BASS.jpg)





























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















