Ft Umrah

Perhatian netizen sekarang kini tertumpu kepada seorang peniaga di TikTok yang dikenali sebagai Farah Dina kerana perwatakannya yang dilihat innocent dan spontan.

Perkara ini membuatkan segelintir netizen senang dengan personaliti Farah Dina sehinggakan ada yang tertunggu-tunggu live daripadanya dan wanita ini juga menerima pujian daripada pempengaruh, Khairul Aming.

Artikel berkaitan: “Asbab rantai motor” – Rezeki Tak Disangka, Abang Minyak Hitam Jalanan Terharu Dapat Hadiah Pergi Umrah

Artikel berkaitan: Siap Bagi Sambal Hijau! Gelagat Mak Mertua Cina Hantar Menantu Pergi Umrah Buat Netizen Terharu

Rezeki tak salah alamat – Netizen

Bagaimanapun, Farah sekali lagi menjadi tumpuan netizen selepas secara tiba-tiba pencipta kandungan dan usahawan Anas Zahrin mahu menaja dirinya untuk menunaikan umrah bersama ibunya.

Dalam video live yang kini tular, Farah yang sedang rancak berinteraksi dengan netizen tiba-tiba terkedu sebelum menangis setelah mengetahui berita tersebut daripada Anas sendiri.

Di ruangan komen, ramai netizen turut terharu dan tumpang gembira setelah melihat Farah mendapat khabar gembira tersebut.

Bahkan, mereka yang mengikuti perkembangan Farah mangatakan bahawa ia merupakan impian Farah yang sentiasa berdoa agar dapat menunaikan umrah.

Farah Dina Farah Dina 2

Sumber : Threads 1, Threads 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.