Penampilan keluarga diraja Brunei sentiasa menjadi perhatian ramai, terutamanya apabila melibatkan perkembangan anakanda tersayang.
Menerusi satu perkongsian di media sosial di Threads, gaya comel dan gelagat tenang Baby Zahra ketika berada dalam pelukan ibunya, Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah, sekali lagi mencuri tumpuan netizen.
Artikel berkaitan: “Jodohku teman kecilku” – Putera Mateen Kongsi Gambar Kahwin & Masa Kecil, Comel Je!
Artikel berkaitan: Teruja Tengok Istiadat Berbedak Putera Mateen & Dayang Anisha, Ini 5 Tradisi Menarik Perkahwinan Diraja Di Seluruh Dunia
Baju Kuning & Topi Comel Buat Ramai ‘Cair’
Dalam hantaran berkenaan, Baby Zahra dilihat begitu comel mengenakan gaun berwarna kuning berserta topi bayi rona putih. Apa yang lebih menarik perhatian adalah riak wajahnya yang kelihatan sangat tenang (calm) dan selesa sepanjang berada di majlis berkenaan.
Rata-rata netizen tidak lepaskan peluang untuk memuji kecomelan puteri diraja ini di ruangan komen.

Untuk rekod, Pasangan Diraja Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah telah selamat mendirikan rumah tangga dalam majlis istiadat perkahwinan gilang-gemilang pada 11 Januari 2024.
Mahligai cinta pasangan ini makin berseri selepas dikurniakan cahaya mata sulung, Puteri Zahra Mariam Bolkiah, yang selamat dilahirkan pada 8 Februari 2026.
Sumber: Threads

18 hours ago
10

![[TERKINI] Syed Saddiq Umum Majlis Perkahwinan Bakal Diadakan Tidak Lama Lagi, Pada Tahun Ini](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/07/ft-BASS.jpg)





























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















