Hantaran yang diberikan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kepada tunangnya, pelakon Bella Astillah, mencuri perhatian ramai di media sosial hari ini.
Berdasarkan tangkap layar yang tular, hantaran pertunangan tersebut dilihat bertemakan masa depan apabila bukan sahaja melibatkan cincin pertunangan, malah turut merangkumi beberapa bentuk simpanan.
Antara yang menjadi perhatian ialah simpanan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Tabung Haji untuk Bella, selain simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang disediakan khas untuk dua anak Bella iaitu Ayden dan Ara.
Perkara itu sekali gus membuatkan ramai netizen beranggapan Syed Saddiq seolah-olah sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa apabila turut memikirkan masa depan anak-anak Bella.
This man really said ‘future first’. Syed Saddiq’s hantaran being Ara and Ayden’s Simpan SSPN. I love this so much for Bella,” tulis seorang pengguna di media sosial.
Tangkap layar barisan ‘dulang boy’ yang membawa hantaran dari syed saddiq untuk diberikan kepada bella astillahArtikel berkaitan: “Akhirnya!” – Bella Astillah & Syed Saddiq Sah Bertunang, Netizen Sebak Tengok Momen Sarung Cincin
Artikel berkaitan: Rupa-rupanya Sudah Lama Rancang, Netizen Dakwa Terserempak Syed Saddiq Cari Cincin Di Ampang
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji langkah Ahli Parlimen Muar itu yang disifatkan sangat matang kerana memberi keutamaan kepada jaminan masa depan keluarga.
Malah, tidak kurang juga yang memuji keperibadian Syed Saddiq yang disifatkan sebagai seorang lelaki “green forest”, iaitu istilah yang sering digunakan netizen bagi menggambarkan lelaki yang bertanggungjawab, matang serta menghargai pasangan dan keluarga.
Lebih menyentuh hati, Syed Saddiq turut memulakan ucapannya dengan kata-kata yang ringkas namun penuh makna.
I am the luckiest man in the world.”
Sumber: Threads

11 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















