Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar secara terbuka menyatakan sokongan padu kepada Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim untuk kembali memimpin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Menurut Syed Yazid, rekod cemerlang baginda bersama JDT adalah bukti kukuh kemampuan untuk memulihkan imej badan induk tersebut yang kini dalam fasa penstrukturan semula.
Artikel berkaitan: Bugatti Dedah W16 Mistral ‘Bespoke’ Milik TMJ, Bernilai Lebih RM34 Juta
Artikel berkaitan: Lambat Mulakan Perlawanan, AFC Denda FAM Lebih RM50,000
“Kalau ikutkan secara peribadi, memang Pemangku Sultan Johor adalah calon paling layak. Saya berasakan baginda mampu perbetulkan semula FAM,”katanya.
Menyentuh mengenai kontroversi pemalsuan dokumen tujuh pemain yang menjadi punca krisis FAM Januari lalu, Syed Yazid menegaskan bahawa baginda tidak sepatutnya dipersalahkan.
“Kita tak boleh salahkan Tunku Mahkota Ismail dalam isu itu. Kena tahu cerita sebenar, tapi bagi saya, ia bukan salah baginda,” jelas beliau lagi.
Selain baginda, beliau turut menamakan Tan Sri Hamidin Mohd Amin sebagai alternatif kedua yang relevan atas faktor pengalaman luas di peringkat FIFA dan AFC.
“Kalau bukan Tunku Mahkota Ismail, saya rasa Tan Sri Hamidin juga calon yang layak kerana pengalaman dan jaringan beliau di peringkat antarabangsa,”tambahnya.
Buat masa ini, badan induk bola sepak negara tersebut sedang menjalani fasa penstrukturan semula di bawah pengawasan ketat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). Segala urusan berkaitan kongres pemilihan bagi melantik barisan kepimpinan baharu hanya akan dilaksanakan setelah semua proses audit menyeluruh selesai sepenuhnya.
Sumber: Harian Metro

10 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















